- Lain-lain
Xi Mahu Perpaduan Bangsa Terus Diperkukuh
Presiden Xi Jinping menyeru supaya perpaduan dan solidariti bangsa China terus diperkukuh.
Xi yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) membuat kenyataan itu pada majlis penyampaian anugerah membabitkan badan dan individu yang menyumbang bakti kepada perpaduan dan kemajuan bangsa.
Beliau menekankan perlunya melaksanakan sepenuhnya pemikiran sosialisme bercirikan China untuk era baharu, mengukuhkan kesedaran mengenai komuniti bangsa China dan menggerakkan pembangunan berkualiti kerja Parti berkaitan etnik.
Xi mahukan usaha dipergiat untuk memajukan pembinaan komuniti bangsa China di samping terus berjuang ke arah membina negara kuat dan mewujudkan kebangkitan bangsa menerusi modenisasi ala China.
Pada majlis yang berlangsung di Beijing pagi Jumaat, sebanyak 352 kumpulan dan 368 individu menerima anugerah model teladan sebagai menghargai jasa dan sumbangan mereka untuk perpaduan dan kemajuan bangsa.
- Xi Mahu Perpaduan Etnik Rentas Generasi Terus Diperkukuh
- Wangdong Mahu Wujudkan "Budaya Air", Pacu Pelancongan Budaya Etnik
- Tulis Bab Pembangunan Baharu Kawasan Etnik Minoriti - Kata Xi
- Perarakan Berkostum Etnik di Guiyang
- Orang Ramai Sambut Pesta Songkran di Yunnan
- Etnik Dai Lepaskan Lantera Kongming ke Udara Bagi Perayaan Tahun Baru
- Tradisi Temu Moden di Pastura Xinjiang
- Kisah di Sebalik Tabir Lagu?Nyanyian?56 Etnik
- Video Ganti Baju Cepat Tunjuk Keindahan Etnik China