- Lain-lain
Pelaksanaan Program Mitigasi Hakisan Tanah di China Holistik
Felo Penyelidik Kehormat dari Institut Schiller (Kanada), Karel Vereycken telah menerbitkan sebuah karangan bertajuk "China Boleh Diteladani dalam Pelaksanaan Program Mitigasi Hakisan Tanah" di laman sesawang institut tersebut pada 10 September tahun ini.
Dalam karangan tersebut, Karel Vereycken menunjukkan bahawa hutan, padang rumput dan vegetasi di kawasan projek utama telah dibaikpulih secara berkesan melalui tindakan mitigasi hakisan tanah yang sudah dilaksanakan China bertahun-tahun. Perubahan drastik tentang gejala hakisan tanah dari "berleluasa" ke "berkurangan" tidak terlepas dari perjuangan susah payah dalam jangka masa panjang yang lalu.
Menurut karangan tersebut, China bukan sahaja berusaha mencegah dan menangani isu hakisan tanah di dalam negeri, tetapi juga giat mengadakan interaksi dan kerjasama antarabangsa seperti berkongsi pengalaman dengan negara-negara Afrika yang juga menghadapi cabaran yang hampir serupa.
Sejak 2005, ahli penyelidik dari Institut Ekologi dan Geografi Xinjiang Akademi Sains China telah berkongsi teknologi mitigasi dan pencegahan hakisan tanah dengan negara-negara dari rantau Asia Tengah dan Afrika.
Karel Vereycken berpendapat bahawa tindakan mitigasi dijalankan China untuk menangani hakisan tanah patut mendapat penghormatan di persada dunia kerana ia bukan sahaja merupakan sebahagian dalam kemakmuran China, malahan juga kondusif bagi keamanan dunia.
- China Pendahulu Kapasiti Kawasan Tadahan Karbon untuk Hutan dan Padang Rumput
- Hari Ekologi Kebangsaan: Sekilas Pandang Panorama Alam Bak Lukisan China Nan Indah
- Penanaman Hutan China Tambah Baik Ekologi, Tingkatkan Pendapatan Penduduk
- Paus yang Diselamatkan di Selatan China Pulang ke Habitat
- Tapak Warisan Dunia UNESCO Jiuzhaigou Pulih Selepas Gempa Bumi
- Berjuang Lawan Penggurunan di Ningxia
- Rumah Burung di Menara Elektrik Chongqing
- Jurugambar Seru Perlindungan Alam melalui Foto
- Cara Kreatif China Lawan Pencemaran Plastik Laut Dapat Anugerah PBB
- China Keluarkan Kertas Biru Tetapkan Lingkungan Merah Perlindungan Ekologi