- Lain-lain
Kadar Sumbangan China bagi Peningkatan Ekonomi Dunia No.1 dalam Tempoh 1979-2023
Siri laporan Biro Statistik Kebangsaan (NBS) mengenai pencapaian pembangunan sosioekonomi dalam tempoh 75 tahun lalu sejak penubuhan Republik Rakyat China (RRC) yang diumumkan baru-baru ini mendedahkan bahawa kadar pertumbuhan ekonomi China mencecah 8.9% secara purata dalam tempoh dari 1979 hingga 2023, iaitu jauh lebih tinggi daripada kadar purata pertumbuhan ekonomi dunia yang hanya mencatat 3% pada masa yang sama. Selain itu, kadar sumbangan China bagi peningkatan ekonomi dunia pula menduduki tempat pertama dalam ranking global, dengan menokok 24.8% setiap tahun.
Pada peringkat awal sejak ditubuhkan, RRC sangat menderita ekoran asas ekonomi negara yang lemah. Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) China hanya mencapai USD30 bilion (RM125 bilion) pada 1952, dan kemudian melonjak ke USD149.5 bilion (RM623 bilion) pada 1978, iaitu menduduki 1.7% keseluruhan ekonomi dunia.
Sejak pelaksanaan dasar pembaharuan dan pintu terbuka, ekonomi China terus berkembang sehingga kapasitinya mencatat USD17.8 trilion (RM74.2 trilion) pada 2023, manakala nisbah ekonomi China dalam keseluruhan dunia pula meningkat hingga 16.9%, iaitu menempati tangga ke-2 dalam ranking global.
Sementara itu, permohonan paten dari China telah mencatat 1.619 juta item setakat penghujung 2022, dan jumlah permohonan paten antarabangsa PCT China pula menduduki tempat pertama dalam ranking global untuk 4 tahun berturut-turut.
Menyentuh tentang sektor ekonomi dan perdagangan luar, import dan eksport perdagangan kargo China hanya bernilai USD1.1 bilion (RM4.6 bilion) pada 1950, dan hanya menduduki 0.9% keseluruhan dunia. Namun selepas dasar pembaharuan dan pintu terbuka dilaksanakan, China turut menyaksikan perkembangan pesat dalam bidang perdagangan kargo dengan luar.
Import dan eksport perdagangan kargo China telah naik ke tempat ke-9 dalam ranking dunia dengan mencapai USD360.6 bilion (RM1.5 trilion) pada 1999, dan seterusnya melonjak ke tempat kedua dalam ranking itu dengan mencatat USD2.2 trilion (RM9.2 trilion) pada 2009.
Pada tahun yang lalu, import dan eksport perdagangan kargo China yang bernilai USD5.9 trilion (RM24.6 trilion) sudah menempati 12.4% keseluruhan dunia, sekali gus menjadikan negara ini kekal di tangga pertama dalam ranking global untuk 7 tahun berturut-turut.
- China Komited Berkongsi Dividen dan Peluang Pembangunan dengan Dunia
- Ekonomi China yang Cepat Pulih Suntik Keyakinan kepada Dunia
- Sumbangan China sebagai Enjin Pembangunan Global
- Anjuran China Gariskan Hala Tuju Pembangunan Dunia
- China, Enjin Penting Pertumbuhan Ekonomi Dunia
- China Berperanan Penting dalam Rantai Nilai Asia Pasifik
- China, Enjin Penting bagi Pemulihan Ekonomi Sejagat
- China Penyumbang Terbesar dari Asia Pasifik kepada Pertumbuhan Ekonomi Global
- Wawasan Pembangunan China Suntik Tenaga Positif kepada Dunia
- Xi Komited Beri Sumbangan Untuk Pembangunan Negara, Keamanan Dunia