- Lain-lain
Perbelanjaan R&D China bagi Tahun 2023 Lebihi RMB3 Trilion
Perbelanjaan China untuk Penyelidikan dan Pembangunan (R&D) kekal di trend perkembangan yang mampan, dengan menokok RMB3.33571 trilion (RM2 trilion), naik 8.4 peratus tahun ke tahun.
Demikian dimaklumkan dalam Laporan Statistik Perbelanjaan Sains dan Teknologi China 2023 yang diumumkan bersama oleh Biro Statistik Kebangsaan (NBS), Kementerian Sains dan Teknologi, dan Kementerian Kewangan China mutakhir ini.
Menurut laporan itu, perbelanjaan China untuk bidang R&D melebihi RMB1 trilion (RM600 bilion) pada tahun 2012, seterusnya meningkat ke RMB2 trilion (RM1.2 trilion) pada tahun 2019, dan kemudian melonjak ke RMB3 trilion (RM1.8 T) pada tahun 2022.
Kini, perbelanjaan China untuk bidang R&D menduduki tempat kedua dalam ranking global selepas Amerika Syarikat (AS).
"Peruntukan kewangan untuk R&D yang ditambah semakin banyak dipercayai kondusif bagi peningkatan kemandirian negara dalam bidang sains dan teknologi, " kata seorang pegawai NBS, Zhang Qilong.
Beliau menambah, nisbah perbelanjaan R&D China untuk sektor korporat yang mencecah 77.7%, sudah menghampiri yang tercatat di AS (79 peratus) dan di Jepun (79.4 peratus), dan lebih tinggi daripada sejumlah negara Eropah seperti Jerman (67.4 peratus) dan Perancis(65.8 peratus). Belanjawan R&D yang besar boleh menyediakan sokongan yang kuat kepada perkembangan inovasi.