- Lain-lain
Fokus kepada Pembangunan Berkualiti Tinggi dan Tingkatkan Keupayaan Perkhidmatan Kemanusiaan - Xi
Presiden Xi Jinping menggalakkan Persatuan Palang Merah China (RCSC) untuk memberikan tumpuan kepada pembangunan berkualiti tinggi dan meningkatkan lagi keupayaan menyediakan perkhidmatan kemanusiaan.
Xi yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China dan Pengerusi Suruhanjaya Ketenteraan Pusat China membuat kenyataan ini melalui sepucuk suratnya kepada RCSC sempena Kongres Kebangsaan RCSC ke-12 yang dirasmikan di Beijing pada Rabu.
Xi menggalakkan seluruh warga RCSC dengan aktif meningkatkan sokongan dan penglibatan dalam usaha kemanusiaan antarabangsa, dan membuat sumbangan yang lebih besar kepada usaha memangkin agenda pemerkasaan negara yang bertunjangkan modenisasi ala China, mewujudkan kebangkitan nusa dan bangsa dan menggalakkan kedamaian dan kemajuan umat manusia.