- Lain-lain
Lebih 70% Tempahan Kapal Hijau Dunia Jadi Pegangan China
Lebih 70 peratus tempahan pengeluaran kapal hijau di persada dunia sudah menjadi pegangan China.
Demikian ditunjukkan dalam statistik bagi tiga suku tahun 2024 yang dikeluarkan Kementerian Industri dan Teknologi Maklumat (MIIT) China pada Khamis.
Dimaklumkan, pada Januari hingga September, China menyelesaikan pengeluaran kapal yang keseluruhan muatannya seberat 36.34 juta tan, meningkat 18.2 peratus tahun ke tahun. Setakat hujung September, China masih memegang tempahan perkapalan yang keseluruhan muatannya seberat 193.3 juta tan, melambung 44.3 peratus tahun ke tahun. Tiga indeks dalam pembuatan kapal China berdasarkan kiraan muatan masing-masing mewakili 55.1 peratus, 74.7 peratus dan 61.4 peratus keseluruhan dunia.
Selain itu, China juga memegang tempahan pembuatan kapal yang terbanyak dalam ranking global berhubung 14 jenis kapal utama yang kesemuanya berjumlah18 jenis di persada dunia.