- Lain-lain
Pembangunan Industri Dron Yanqing Semakin Pesat
Yanqing bukan hanya terkenal sebagai kawasan yang mempunyai sejarah yang panjang dan kekayaan sumber pelancongan seperti Tembok Besar Badaling, Taman Tanah Paya Tasik Yeya, Longqing Gorge, Galeri Landskap Hundred Mile, Taman Safari Badaling dan banyak lagi, tetapi ia merupakan satu-satunya daerah di Beijing dengan Polisi Dron Khas.
Yanqing menjadi saksi kepada pembangunan industri dron yang begitu pesat. Yanqing merupakan kawasan utama di Beijing untuk pembangunan zon demonstrasi bagi industri Pesawat Tanpa Pemandu (UAV). Malah sehingga kini Yanqing berjaya menarik minat lebih 90 perusahaan termasuk perusahaan terkemuka dalam bidang UAV.
Lebih istimewa, Yanqing turut mempunyai Muzium Sains dan Teknologi Dron, yang merupakan satu-satunya di Beijing dengan memfokuskan kepada teknologi dron. Pelbagai dron yang dipamerkan di dalam muzium itu antaranya Dron Pemadam Kebakaran (F50), UAV Chilong 7, Dron Pertanian HD540, UAV ZT-25V dan banyak lagi. Kesemua UAV dan dron itu mempunyai fungsi yang pelbagai, daripada untuk komersial, operasi mencari dan menyelamat sehinggalah dalam bidang ketenteraan.
- Khidmat Dron Hantar Barang Rancak di Tembok Besar Pada Cuti Hari Kebangsaan
- Ekonomi Altitud Rendah Jadi Tumpuan Pelabur
- Industri Dron China Catat Pertumbuhan Pesat
- Industri Kereta Terbang China Mula Berkembang Pesat
- Pertunjukan Cahaya Dron Tampilkan Budaya Tradisional China di HK
- Dron Kargo Mula Bawa Anak Benih dari Hainan
- Kawasan Pameran Altitud Rendah Buat Debut di Canton Fair
- Penggiat Industri Letak Harapan Tinggi Buat Ekonomi Altitud Rendah
- Syarikat Shanghai Sempurnakan Penghantaran Pertama 'Teksi Udara' di Dunia
- UAV Terbang di Taman Perindustrian Anyang