- Lain-lain
Hanya Tiga Hospital di Utara Gaza Masih Beroperasi: UNRWA
(CRI)Isnin 21 Oktober 2024
Hanya tiga daripada 10 buah hospital di utara Gaza masih beroperasi pada masa ini dan semuanya menghadapi kekurangan serius bahan bakar, darah dan ubat luka.
Demikian dimaklumkan Agensi Kerja dan Bantuan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu bagi Pelarian Palestin di Timur Dekat (UNRWA) menerusi satu kenyataan pada Ahad.
Menurut kenyataan itu, agensi perubatan kendalian UNRWA juga berdepan dengan masalah simpanan ubat-ubatan tidak mencukupi, sementara semua peralatan makmal perlu diselenggarakan atau diganti.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara ? People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang