• <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>

    日本强奷中文字幕在线播放,极品午夜福利1000在线,18禁精品久久久国产精品久久久,另类小说在线观看

    FTZ Dinaik Taraf, Lebih Galakkan Manfaat Bersama China, ASEAN

    (Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 24 Oktober 2024
    FTZ Dinaik Taraf, Lebih Galakkan Manfaat Bersama China, ASEAN

    Kerjasama kawasan perdagangan bebas yang dinaik taraf akan membawa momentum pembangunan yang lebih kukuh dan berpanjangan kepada China dan ASEAN, dua pasaran utama dengan populasi masing-masing lebih 1.4 bilion dan lebih 600 juta.

    Beberapa hari lalu, rundingan untuk menaik taraf versi 3.0 Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN telah dimuktamadkan dengan jelas. Ini menandakan kerjasama ekonomi dan perdagangan semakin mendalam antara China dengan ASEAN, sekali gus menjadi langkah utama bagi China dan ASEAN untuk seiringan menerajui integrasi ekonomi Asia Timur, mengeluarkan isyarat positif bagi kedua-dua pihak untuk bersama-sama menjaga sistem perdagangan bebas. Kerjasama ekonomi dan perdagangan yang lebih mendalam antara China dengan ASEAN akan menyuntik momentum baharu untuk membina komuniti China-ASEAN yang lebih rapat dengan masa depan yang dikongsi bersama.

    Versi 3.0 Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN mencerminkan amalan perdagangan moden dan telah mencapai beberapa kemajuan besar yang akan membawa peluang baharu kepada semua pihak. Versi dinaik taraf ini meliputi 9 bidang, termasuk kedua-dua kawasan sedia ada di bawah Perjanjian Perdagangan Bebas China-ASEAN dan kawasan baru muncul yang berpotensi besar untuk kerjasama.

    Buat pertama kalinya, China dan ASEAN telah mencapai tahap tertinggi dalam ekonomi digital, ekonomi hijau, dan ketersambungan rantaian bekalan dalam perjanjian ekonomi dan perdagangan masing-masing, di samping mencapai tahap tertinggi dari segi peraturan teknikal standard dan prosedur penilaian pematuhan dalam amalan kontrak. Perkembangan ini akan meluaskan kerjasama saling untung secara menyeluruh di kawasan baru membangun, mengukuhkan integrasi dan kebolehoperasian dalam bidang piawaian dan peraturan, sekali gus membina rangkaian kerjasama rantaian bekalan serantau yang selamat, stabil, lancar dan cekap. Ini akan menggalakkan manfaat bersama yang dinikmati China dan ASEAN ke suatu tahap baharu.

    China dan ASEAN sebagai dua pasaran utama dengan populasi masing-masing lebih 1.4 bilion dan lebih 600 juta, akan memperoleh dorongan pembangunan yang lebih kukuh untuk jangka panjang melalui kerjasama kawasan perdagangan bebas yang dinaik taraf.

    Dengan manfaat daripada Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN, China dapat terus kekal sebagai rakan dagang terbesar ASEAN selama 15 tahun berturut-turut, sementara ASEAN rakan dagang terbesar China selama empat tahun berturut-turut. Pada masa ini, masalah permintaan agregat global yang tidak mencukupi lebih menonjol, dan pasaran telah menjadi sumber yang terhad dalam pembangunan ekonomi.

    Jumlah penduduk China dan ASEAN menyumbang 1/4 daripada penduduk dunia, dan pasaran berskala ultra-besar adalah sokongan terbesar bagi kedua-dua pihak untuk mendorong kemakmuran ekonomi. Versi zon perdagangan bebas yang dipertingkatkan ini akan menggalakkan integrasi dan ketersambungan yang lebih rapat dan lebih mesra pengguna bagi pasaran China dan ASEAN. Semua ini pastinya akan mewujudkan ekonomi bidangan yang lebih signifikan, pengelompokan industri, serta kesan limpahan yang ketara terhadap pembangunan.

    Setiausaha Agung ASEAN Gao Jinhong berharap melalui penaiktarafan kawasan perdagangan bebas, kegiatan perdagangan, pelaburan dan pelancongan antara kedua-dua pihak juga terus berkembang, sekali gus membawa pembangunan dan transformasi yang positif dan signifikan kepada kerjasama ekonomi antara ASEAN dengan China.

    China dan ASEAN telah memuktamadkan rundingan untuk menaik taraf versi 3.0 Kawasan Perdagangan Bebas, yang mencerminkan tindakan jelas kedua-dua pihak dalam menyokong teguh multilateralisme dan perdagangan bebas. Bersama-sama, China dan ASEAN melindungi sistem perdagangan bebas, mengukuhkan ketersambungan rantaian pengeluaran dan bekalan, memupuk pemacu baharu pembangunan berkualiti tinggi, dan menggalakkan proses integrasi ekonomi serantau, yang akan membolehkan rantau ini terus menjadi enjin penting bagi pertumbuhan ekonomi global di samping tempatnya perpaduan dan kerjasama mekar subur.

    Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu Guterres memuji Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN 3.0 dan berkata bahawa peningkatan ini akan memacu perdagangan bebas dan pertumbuhan ekonomi di peringkat global.

    Perdana Menteri Singapura, Lawrence Wong percaya bahawa menaik taraf perjanjian perdagangan bebas adalah langkah penting, terutamanya dalam era amalan perlindungan makin menjadi-jadi. Langkah ini akan menghantar isyarat yang jelas dan penting kepada dunia, iaitu perdagangan bebas dan kerjasama pasaran yang saling menguntungkan adalah mustahak.

    Bagi China yang sedang menempuh jalan pemodenan sendiri, meluaskan keterbukaan bertahap tinggi secara berterusan adalah perkara yang tidak dapat dielakkan. Membentuk rangkaian zon perdagangan bebas standard tinggi global merupakan langkah penting bagi China untuk membina sistem ekonomi terbuka baharu di peringkat yang lebih tinggi. China sangat mementingkan rundingan untuk menaik taraf Kawasan Perdagangan Bebas China-ASEAN versi 3.0, dan telah secara proaktif menyediakan kertas kerja yang menyenaraikan cadangan melibatkan bidang baru muncul seperti ekonomi digital, ekonomi hijau dan ketersambungan rantaian bekalan.

    Semua ini memainkan peranan yang positif dan membina untuk mencapai konsensus dalam rundingan. Pada masa hadapan, China akan terus menggalakkan keterbukaan rangkaian pada peringkat lebih tinggi dan mewujudkan corak yang seumpama dari segi keinstitusian. Tindakan ini akan menggalakkan ketersambungan Asia Pasifik, mengekalkan kestabilan dan kelancaran rantaian pengeluaran dan bekalan serantau, selain menyuntik momentum ke dalam pemulihan ekonomi serantau, sekali gus memastikan pembangunan yang mampan.

    Kerjasama terbuka adalah satu trend utama dalam sejarah kerana ia akan memastikan manfaat bersama dan hasil sama rata seperti yang dimahukan oleh semua rakyat. China bersedia bekerjasama dengan ASEAN untuk terus merancakkan kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang dan memberikan sokongan yang lebih padu untuk kemakmuran bersama rantau dan dunia.

    Video

    Berita Berkaitan

    日本强奷中文字幕在线播放
  • <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>