- Lain-lain
China Sanggah AS Lulus Pakej Penjualan Senjata kepada Taiwan
China menggesa Amerika Syarikat (AS) segera menghentikan cubaan mempersenjatai Taiwan serta tindakan berbahaya yang menjejaskan keamanan dan kestabilan di Selat Taiwan.
Gesaan itu dibuat menerusi jurucakap Kementerian Luar (MFA) susulan Jabatan Negara AS meluluskan pakej penjualan senjata bernilai AS$1.988 bilion (RM8.63 bilion) kepada Taiwan antaranya termasuk Sistem Peluru Berpandu Permukaan ke Udara Termaju Nasional (NASAMS) dan sistem radar.
Jurucakap itu berkata tindakan AS seumpama melanggar prinsip satu China dan tiga pengumuman bersama China-AS.
MFA mengkritik AS mencabul kedaulatan dan kepentingan keselamatan China, mencemari hubungan dua negara serta keamanan Selat Taiwan, sekali gus menghantar mesej yang salah kepada pemisah 'kemerdekaan Taiwan'.
Menurut jurucakap itu, China akan bertindak balas secara tegas dan mengambil segala langkah yang perlu untuk mempertahankan kedaulatan negara, keselamatan dan keutuhan wilayah.
- China Selar Kapal AS, Kanada Transit di Selat Taiwan
- CCG Adakan Rondaan Penguatkuasaan Keliling Pulau Taiwan
- PLA Adakan Latihan "Joint Sword-2024B" Keliling Pulau Taiwan
- China Kutuk Keras Bantuan Ketenteraan AS kepada Taiwan
- China Bantah Ahli Parlimen Jepun Lawat Taiwan
- Tangkap, Heret Pembelot "Kemerdekaan Taiwan" ke Muka Pengadilan
- China Membantah Keras AS yang Menjual Senjata Lagi kepada Taiwan
- AS Digesa Tarik Balik Pelan Penjualan Senjata Kepada Taiwan
- Korea Selatan Digesa Bertindak Wajar dan Teliti dalam Isu Taiwan, LCS
- Ikut Hati Mati Ikut Rasa Binasa, Jika Berani Pisahkan Taiwan dari China