- Lain-lain
Biro Politik Pusat PKC Bahas Laporan Pemeriksaan Displin
Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) mengadakan mesyuarat hari ini untuk meneliti dan membahaskan laporan komprehensif mengenai pemeriksaan disiplin pusingan ketiga kendalian Suruhanjaya Pemeriksaan Displin Pusat PKC penggal ke-20.
Mesyuarat tersebut dipengerusikan Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat PKC, Xi Jinping.
Menurut keputusan yang dibuat dalam mesyuarat tersebut, peranan PKC dapat dimartabatkan dalam pelbagai agensi di bawah pimpinan pusat dan badan kerajaan khususnya agensi kewangan yang berkait dengan kerajaan pusat, walaupun masih wujud beberapa masalah yang perlu diatasi.
Ditekankan juga dalam mesyuarat tersebut bahawa perlunya menyelaraskan kerja pemeriksaan displin dengan usaha memperincikan pelaksanaan dasar pembaharuan, dan menegakkan disiplin secara menyeluruh dalam pembangunan Parti dan perkaderan supaya dapat menyasarkan pembangunan yang berkualiti tinggi melalui pengemaskinian tata kelola.