- Lain-lain
China Serah Strategi dan Pelan Tindakan Biodiversiti Nasional kepada COP16
China telah menyerahkan Strategi dan Pelan Tindakan Biodiversiti Nasional (NBSAP) kepada mesyuarat ke-16 Persidangan Pihak-Pihak (COP16) Konvensyen Kepelbagaian Biologi (CBD) Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu yang sedang diadakan di Cali, Columbia pada mutakhir ini.
Sebagai negara pengerusi COP15, China telah menganjurkan beberapa dialog global mengenai perlindungan biodiversiti untuk menyelaraskan pendirian pelbagai pihak.
Kerangka Biodiversiti Global Kunming-Montreal yang diluluskan lebih 190 negara pada Dis 2022 menjadi antara beberapa sahaja perjanjian yang dicapai di bawah rangka CBD, dan juga antara perjanjian terpenting setakat ini.
Pada Jan 2024, China mengeluarkan Strategi dan Pelan Tindakan Perlindungan Biodiversiti China yang dikemaskini, mengemukakan matlamat 2030 dan 2035 tentang perlindungan biodiversiti negara Tembok Besar ini.
Menteri Ekologi dan Alam Sekitar China Huang Runqiu menjelaskan bahawa wawasan yang diketengahkan dalam domumen tersebut adalah membina "China yang Indah" yang berteraskan keharmonian antara manusia dan alam.
Sementara itu, China menjadi negara ketujuh yang memperkenalkan strategi dan pelan tindakan versi baharu selepas COP15, dan juga negara membangun pertama yang menyelesaikan pengemaskinian strategi dan pelan tindakan terbabit.
- Persidangan COP16 Bermula di Colombia
- UNEP: Tabung Biodiversiti Kunming Signifikan
- China, AS Ikrar Perkasa Sinergi Tangani Perubahan Iklim
- China Berusaha Galak COP28 Capai Kejayaan
- COP28 Fokuskan Pembinaan IoE Global
- Dialog Usahawan Antarabangsa di UAE mengenai Pembangunan Lestari
- Dorong Pelaksanaan Matlamat Kerangka Kunming-Montreal
- Penghargaan Positif terhadap Peranan Pengerusi China dalam COP15 CBD
- Ucapan Xi Sempena COP15 Dapat Pujian
- Harap GBF Pasca 2020 Dimuktamad Secepat Mungkin