- Lain-lain
Persidangan Penerbangan CATA ke-2 Buka Tirai
(CRI)Sabtu 26 Oktober 2024
Persidangan Penerbangan Persatuan Pengangkutan Udara China (CATA) ke-2 membuka tirainya di Beijing pada Jumaat.
Menurut Perbadanan Pesawat Komersial China (COMAC), selepas China Eastern Airlines, dua lagi syarikat penerbangan domestik iaitu Air China dan China Southern Airlines menerima pesawat penumpang bersaiz besar C919 yang ditempah mereka pada tahun ini.
Setakat ini, sebanyak 11 pesawat C919 disiapkan dan diserahkan kepada pelanggan dengan masa operasi mencatat 13,000 jam dan hantaran penumpang seramai 700,000.
Dalam perkembangan lain, pesawat penumpang berbadan lebar C929 kini berada dalam fasa reka bentuk awal dan pemilihan pembekal.
Perkenalan Ringkas Akhbar Renminribao China | Kenali People.cn
Hak cipta terpelihara ? People.cn
Penggunaan tanpa izin pencipta adalah dilarang