- Lain-lain
Memangkin Agenda Pemerkasaan Negara dalam Bidang kebudayaan - Xi
Presiden China, Xi Jinping menekankan usaha untuk melaksanakan wawasan 2035 tentang pemerkasaan negara dalam bidang kebudayaan.
Xi yang juga Setiausaha Agung Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC) membuat kenyataan itu semasa mempengerusikan sesi pengajian secara kolektif untuk anggota Biro Politik Jawatankuasa Pusat PKC pada Isnin.
Xi mengarahkan pelbagai pihak terus membangunkan kebudayaan negara sosialis yang bercirikan China pada era baharu, membantu kalangan rakyat memupuk jiwa yang kuat dari segi rohani, dan memangkin agenda pemerkasaan negara dalam bidang kebudayaan demi kebangkitan bangsa.
“Kita tidak boleh berganjak dari jalan pembangunan kebudayaan negara sosialis yang bercirikan China, dan harus giat mencetuskan inspirasi kreativiti budaya di kalangan rakyat seluruh negara, selain konsisten dalam memacu pembangunan kebudayaan yang berpaksikan rakyat,” kata Xi.
Xi juga menekankan peri pentingnya untuk mengambil tindakan inovatif dan mewujudkan pembangunan kreatif dalam usaha mewariskan kebudayaan tradisional demi peningkatan pengaruhnya di persada dunia.