• <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>

    日本强奷中文字幕在线播放,极品午夜福利1000在线,18禁精品久久久国产精品久久久,另类小说在线观看

    Xi Tawar Pendekatan Ala China, Perkukuh Kerjasama BRICS

    (Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Selasa 29 Oktober 2024

    Tatkala dunia sedang mendepani perubahan dramatik, Sidang Kemuncak BRICS ke-16 iaitu himpunan pertama yang seumpamanya sejak BRICS dikembangkan, telah diadakan di Kazan, Rusia.

    Persoalan penting sama ada untuk terus membiarkan dunia menjadi huru-hara dan tidak terurus, atau bersama-sama berusaha ke arah memulihkan keamanan dan kemajuan telah menjadi tumpuan bagi perspektif serta tindakan negara-negara BRICS.

    “Ini mengingatkan saya tentang novel oleh Nikolay Chernyshevsky yang bertajuk 'What Is to Be Done?'. Keazaman yang tidak berbelah bahagi dan dorongan bersemangat protagonis adalah yang kita perlukan hari ini," kata Presiden China, Xi Jinping ketika menyampaikan ucaptamanya di Sidang Kemuncak BRICS ke-16, pada 23 Oktober.

    Jelas beliau, negara-negara anggota perlu membina BRICS yang komited kepada keamanan, inovasi, pembangunan hijau, keadilan, dan lebih aktif dalam pertukaran antara rakyat.

    “Kita mesti berusaha bersama-sama untuk membina BRICS menjadi saluran utama dalam memperkukuh solidariti dan kerjasama dalam kalangan negara-negara Selatan Global, serta barisan hadapan untuk memajukan reformasi tadbir urus global,” ujar Xi.

    Dalam persekitaran antarabangsa yang berubah dan bergolak, dunia mendambakan keamanan dan kestabilan lebih daripada sebelumnya.

    "Kita harus membina BRICS yang komited kepada keamanan, dan kita semua mesti bertindak sebagai pembela keselamatan bersama," kata Xi.

    Ketika menyentuh mengenai krisis Ukraine yang masih berterusan, Presiden China itu menasihati agar semua pihak berpegang kepada tiga prinsip utama iaitu tiada perluasan medan perang, tiada pertambahan permusuhan, dan tiada api yang menyala, serta berusaha untuk meredakan keadaan dengan segera.

    Dalam pada keadaan kemanusiaan di Gaza terus merosot, api peperangan sekali lagi dihidupkan semula di Lubnan.

    "Kita mesti menggalakkan gencatan senjata serta-merta dan menamatkan pembunuhan. Kita mesti melakukan usaha berterusan ke arah penyelesaian yang komprehensif, adil dan berkekalan dalam isu Palestin," kata Xi.

    Sementara itu, China turut mengemukakan beberapa cadangan selain mengambil tindakan. China dan Brazil dengan kerjasama negara-negara Selatan Global lain, telah menginisiatifkan kumpulan ‘Rakan untuk Keamanan’ untuk mengatasi krisis Ukraine.

    China juga mengadakan sidang kemuncak video luar biasa mengenai isu Palestin-Israel bersama-sama dengan negara BRICS yang lain.

    China menyokong keamanan global dan bertindak sebagai penggerak ekonomi dunia. Bagaimana untuk menggalakkan pembangunan berkualiti tinggi?

    Memupuk tenaga produktif berkualiti baharu adalah penerokaan dan amalan China. Semasa berlangsungnya sidang kemuncak di Kazan, Presiden Xi menegaskan bahawa semua pihak perlu membina BRICS yang komited kepada inovasi, serta bertindak sebagai perintis pembangunan berkualiti tinggi.

    China telah menubuhkan taman inkubasi sains dan inovasi China-BRICS untuk era baharu, bersama-sama menubuhkan Rangka Kerja Kerjasama Perindustrian untuk Pembangunan Mampan BRICS dengan negara BRICS lain, serta melancarkan Pusat Pembangunan dan Kerjasama Kecerdasan Buatan China-BRICS.

    Pada masa hadapan, China akan menubuhkan Pusat Penyelidikan Antarabangsa Sumber Laut Dalam BRICS, Pusat Kerjasama China untuk Pembangunan Zon Ekonomi Khas di Negara BRICS, Pusat Kecekapan Perindustrian BRICS China dan Rangkaian Kerjasama Ekosistem Digital BRICS.

    Pelbagai inisiatif sedang dilaksanakan bagi membantu negara BRICS memanfaatkan peluang baharu untuk faedah dan kerjasama bersama, membolehkan setiap daripadanya saling memberi inspirasi dalam menuju ke arah pembangunan dan pemulihan.

    "Hijau ialah warna penentu zaman kita. Adalah penting untuk semua negara BRICS secara proaktif menerima trend global transformasi hijau dan rendah karbon," ujar Xi.

    Memfokuskan pada pembangunan mampan dan jangka panjang, beliau berkata bahawa negara BRICS harus membina BRICS yang komited terhadap pembangunan hijau, dan bertindak sebagai penggalak pembangunan mampan.

    Secara kolektifnya, eksport "trio baharu" China, kenderaan elektrik, bateri litium dan produk fotovolta melepasi RMB1 trilion (kira-kira AS$140.6 bilion) buat kali pertama pada 2023. Produk berkualiti tinggi ini memacu pertumbuhan ekonomi China dan menyokong pembangunan hijau global.

    Bagi negara-negara BRICS dan Selatan Global, memperluas kerjasama dalam industri hijau, tenaga bersih dan perlombongan mampan adalah kunci kepada kemajuan perindustrian dan pemodenan.

    Ia bukan sahaja membolehkan mereka memanfaatkan peluang untuk pembangunan, malah membantu mereka mengelak daripada model pembangunan Barat, seterusnya mencapai pembangunan yang mampan.

    Melakukan pembaharuan dalam sistem tadbir urus global adalah tanggungjawab bagi negara-negara BRICS.

    “Kita perlu bina BRICS yang komited terhadap keadilan, dan kita semua perlu bertindak sebagai pendahulu dalam memperbaharui tadbir urus global,” kata Xi.

    Selepas pengembangan anggota, negara-negara BRICS kini meliputi hampir separuh daripada populasi global dan satu perlima perdagangan global, sekali gus menjadi kuasa penting dalam mempromosi evolusi landskap antarabangsa.

    Menurut Xi, pembangunan yang berlaku ketika ini telah menjadikan usaha reformasi seni bina kewangan antarabangsa lebih mendesak.

    “Kita perlu memperdalam kerjasama kewangan dan fiskal, mempromosi ketersambungan infrastruktur kewangan, dan mengguna pakai piawaian keselamatan kewangan yang tinggi. Bank Pembangunan Baharu perlu diperluas dan diperkukuh. Kita mesti memastikan bahawa sistem kewangan antarabangsa mencerminkan perubahan dalam landskap ekonomi global secara lebih cekap,” tekan beliau.

    Xi turut menyarankan agar negara-negara BRICS komited untuk lebih dekat dengan pertukaran antara rakyat.

    Untuk rekod, inisiatif untuk kerjasama pendidikan digital BRICS yang dicadangkan oleh Presiden Xi tahun lepas telah mendapat pengiktirafan meluas dan seterusnya dilaksanakan pada Mesyuarat Menteri Pendidikan BRICS ke-11.

    China akan melaksanakan program pembinaan kapasiti untuk pendidikan digital BRICS.

    Difahamkan, 10 pusat pembelajaran di negara BRICS akan dibuka dalam tempoh lima tahun akan datang, dan peluang latihan untuk 1,000 pentadbir pendidikan tempatan, guru dan pelajar akan disediakan.

    Ia secara tidak langsung akan menjadi langkah ketara untuk memperdalam dan memperkukuh usaha pertukaran antara rakyat dalam kalangan negara BRICS.

    Video

    Berita Berkaitan

    日本强奷中文字幕在线播放
  • <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>