- Lain-lain
CAS Lancarkan Rancangan Sains Antarabangsa Sel Sintetik
Akademi Sains China (CAS) semalam mendedahkan bahawa pihaknya telah melancarkan Rancangan Sains Antarabangsa Sel Sintetik di Shenzhen baru-baru ini. Rancangan yang memfokuskan pada topik pengajian asas dalam bidang biologi sintetik frontier itu, bertujuan menjana impak rentas subjek dalam senario global untuk meningkatkan ketersambungan pengajian frontier sains hayat dengan inovasi teknologi biologi.
Pada tahun-tahun kebelakangan ini, CAS konsisten dalam menjalankan kerjasama antarabangsa dalam bidang sel sintetik.
Beberapa agensi pengajian sains di China seperti Institut Teknologi Canggih Shenzhen di bawah CAS, dan sejumlah kolej dan badan pengajian sains dari Malaysia, Singapura, Jepun, Korea Selatan dan Thailand telah mendirikan Persekutuan Asia Sel Sintetik pada bulan Oktober 2023, dan menandatangani MoU kerjasama pada bulan April tahun ini yang dilihat sebagai batu asas yang kukuh bagi penjalinan hubungan kerjasama antarabangsa yang lebih luas pada kemudian hari.