- Lain-lain
Ekonomi Asia Tenggara Dapat Pernafasan Baharu Berkat Pemulihan Pelancongan Outbound China (3)
Urus niaga pelancongan outbound secara berkumpulan dipulihkan China bermula minggu lalu.
Seramai 122 orang pelancong China yang bertolak dari Beijing ke Kemboja pagi Selasa lalu, telah mendapat sambutan hangat daripada Menteri Pelancongan Kemboja, Thong Khun dan Duta Besar China, Wang Wentian di lapangan terbang negara itu.
Puan Gao dari Beijing berbesar hati setibanya di Kemboja di mana boleh terasa suasana ramah tamah. Beliau berkata, China dan negara-negara Asia Tenggara mengekalkan persahabatan baik. Sebaik saja penerbangan langsung dipulihkan, beliau segera memutuskan melancong ke negara itu untuk melihat dan menghayati seni bina dan kebudayaan Angkor Wat.
China merupakan negara sumber pelancong terbesar bagi Kemboja yang sudah mengumumkan Rancangan Kertas Putih “China Ready”untuk menyambut kedatangan semula pelancong dari negara ini.
Setelah diberitahu tentang pelancongan outbound China secara berkumpulan telah dipulihkan, Syarikat Pelancongan Antarabangsa Sino Elite segera membuat persiapan untuk menyambut kedatangan semula pelancong China. Pengurus Besar syarikat tersebut, Zhao Heng berharap agar pelancong China berpeluang menikmati pengalaman pelancongan yang bermutu tinggi di Singapura yang boleh memastikan keselamatan dan kesihatan mereka terjamin. Pengurus Besar syarikat Ninelogic, Jack Zhang pula menyatakan bahawa pemulihan pelancongan outbound China membuktikan pencapaian kerajaannya dalam pencegahan wabak dan pengubahsuaian dasar berkenaan secara bertahap.
Naib Ketua Pengarah Syarikat Pelancongan New Orental Filipina, Wilson Techico berkata, pihaknya mengalu-alukan kedatangan semula pelancong China ke Filipina, dan yakin pertumbuhan ekonomi negaranya akan mendapat dorongan besar. Menurut beliau, pihaknya akan memperkenalkan lebih banyak destinasi peranginan yang baharu dan baik seperti Iloko kepada pelancong China selain destinasi tradisi yang popular seperti Boracay, Cebu, Bohol dan Palawan.
Pengasas Think Tank Pengajian Strategi Filipina-BRICK, yang juga pengulas politik terkenal dari Filipina, Herman Laurel menyatakan bahawa salah satu daya motivasi utama bagi pemulihan ekonomi Filipina adalah kedatangan semula pelancong China. Pada 2019, lebih 18 juta pelancong China melawat Filipina, sekali gus menyumbang kepada pendapatan pelancongan tempatan sebanyak USD2.3 bilion (RM9.97 bilion), dan bertambahnya peluang pekerjaan dalam sektor pelancongan tempatan .
Beliau berkata, seiring dengan pengubahsuaian langkah pencegahan wabak China dan perjanjian kerjasama pelancongan ditandatangani Presiden Ferdinand Romualdez Marcos ketika beliau melawat China, jumlah pelancong China ke negara itu sepanjang tahun 2023 dijangka bertambah dua kali ganda berbanding 2019. Rakyat Filipina pula akan mendapat lebih banyak pulangan yang benar-benar.
- China Terus Sokong Pergaulan Rakyat dan Pertukaran Ekonomi dengan Luar Dirapatkan
- Thailand Sambut Rombongan Pelancong Pertama dari China Sejak Pandemik Melanda
- Singapura Tidak Sabar Terima Pelancong China
- Rombongan Pelancong Rentas Sempadan Pertama Bertolak Setelah Tiga Tahun
- Asia Tenggara Alu-alukan Kedatangan Pelancong China
- Perjalanan Warga China ke Luar Negara Meningkat Ketara
- Greece Alu-alukan Kedatangan Pelancong China
- Menteri Pelancongan Filipina Sambut Kedatangan Pelancong China
- Dunia Alu-alukan Pelancong China
- Thailand Alu-alukan Kedatangan Pelancong China