- Lain-lain
Peraturan IPO Baharu Mulai Mac
Pada 17 Februari, Suruhanjaya Kawal Selia Sekuriti China (CSRC) mengumumkan langkah-langkah administratif baharu berkaitan penawaran dan penyenaraian sekuriti di luar negara oleh syarikat domestik. Peraturan ini, yang mendapat kelulusan Dewan Negara, berkuat kuasa mulai 31 Mac 2023.
Antara perubahan besar yang digariskan, langkah pembiayaan tawaran awam permulaan (IPO) syarikat domestik di luar negara yang dahulunya berbentuk pelesenan administratif digantikan dengan sistem yang berasaskan pemfailan. Platform pengurusan pemfailan secara dalam talian juga akan dibuka.
Fokus lain pembaharuan ini termasuklah menambah baik senarai negatif, menentukan skop penyeliaan, meneliti prosedur pemfailan dan sebagainya.
Dalam penelitian prosedur pemfalian, dengan mempertimbangkan sepenuhnya amalan IPO luar negara, CSRC membezakan jenis tawaran dan menetapkan keperluan pemfailan berbeza mengikut jenisnya, untuk mengurangkan beban pemfailan syarikat.
IPO di luar negara merupakan tunjang penting bagi pembukaan pasaran modal, dan mempuyai kesan positif terhadap penyelarasan pembangunan global, sistem ekonomi yang terbuka dan berkualiti tinggi, selain mempercepat pembinaan satu corak pembangunan baharu.
"Peraturan pemfailan baharu ini melaksanakan model kawal selia yang lebih inklusif dan terbuka, yang lebih kondusif untuk penyenaraian di luar negara bagi syarikat yang mematuhi undang-undang," kata Weng Xinchi, perunding kanan Jufeng Investment Consulting.
"Selagi syarikat mematuhi undang-undang dan peraturan, IPO mereka tidak akan terjejas biar di pasaran mana pun ia disenaraikan. CSRC menyokong dan menghormati pilihan bebas syarikat," jelas pegawai berkenaan.