- Lain-lain
Wang Yi: China Komited Perkasa Kerjasama dengan Rusia
China komited memperkasa kerjasama dengan Rusia, demikian ujar anggota Biro Politik Jawatankuasa Pusat Parti Komunis China (PKC), Wang Yi dalam pertemuannya dengan Presiden Rusia, Vladimir Putin, pada Rabu.
Beliau yang juga merangkap Ketua Pejabat Jawatankuasa Hal Ehwal Luar PKC berkata, perkongsian strategik komprehensif China-Rusia pada era baharu tidak pernah menyasarkan pihak ketiga, dan tidak akan terganggu atau dipaksa oleh pihak ketiga.
“Ini kerana hubungan China-Rusia mempunyai asas yang kukuh dalam bidang politik, ekonomi dan kebudayaan, selain kedua-duanya bersikap tenang dan tidak berasa gentar selepas merumuskan pengalaman sejarah.
“Yang lebih penting lagi, usaha kedua-dua negara dalam menggalakkan pelbagai polarisasi di dunia dan demokrasi dalam hubungan antarabangsa sejajar dengan trend perkembangan zaman dan aspirasi kebanyakan negara.
“China bersedia bersama dengan Rusia mengukuhkan rasa saling percaya dalam bidang politik, memperkasa solidariti strategi dan kerjasama substantif bagi memelihara kepentingan yang wajar kedua-dua negara selain menyumbang kepada kedamaian serta pembangunan dunia,” kata Wang.
Putin dalam ucapannya pula menyatakan Kongres Kebangsaan ke-20 PKC memberikan prospek baharu untuk pembangunan China.
“Pada masa ini, hubungan Rusia-China sedang bergerak ke arah matlamat yang ditetapkan.
“Kerjasama bilateral dalam pelbagai bidang dan penyelarasan dalam pertubuhan pelbagai hala seperti Pertubuhan Kerjasama Shanghai dan BRICS telah membuahkan hasil yang menggalakkan.
“Mengukuhkan perpaduan dan penyelarasan dalam hal ehwal antarabangsa amat penting bagi menggalakkan demokrasi dalam hubungan antarabangsa serta keseimbangan dan kestabilan dalam landskap antarabangsa,” kata Putin.
Dalam perkembangan lain, kedua-dua pihak juga bertukar-tukar pandangan tentang isu Ukraine.
Wang berkata pihaknya menghargai penegasan pihak Rusia yang menyelesaikan isu terbabit melalui dialog dan rundingan.
“China menegakkan kedudukan objektif dan adil serta berpendirian konsisten dalam memainkan peranan membina bagi penyelesaian krisis itu melalui saluran politik,” tambahnya.
- Xi, Putin Bertemu Melalui Video
- Xi Jinping Temui Medvedev
- China, Rusia Adakan Latihan Ketenteraan “Joint Sea-2022”
- Wang Yi Ditemui Duta Besar Baharu Rusia
- Wang Yi Bertemu Lavrov
- Sedia Gembleng Tenaga Mantapkan Hubungan China-Rusia: Wang Yi
- Xi Tahniah Ulang Tahun ke-65 Persatuan Persahabatan Rusia-China
- China dan Rusia Sedia Kukuhkan Hubungan
- China, Rusia Adakan Perbincangan Keselamatan Strategi Pusingan Baharu