- Lain-lain
Trend Budaya Teh Baharu Sedang Popular (2)
Minuman dan pencuci mulut berperisa teh yang dihasilkan oleh Heytea dan Theater Tea menyasarkan pengguna muda yang mencari pengalaman baharu dengan teh Cina. (foto: China Daily)
Membancuh teh di atas api arang adalah suatu tradisi dalam budaya China yang telah diamalkan selama berabad-abad. Ia adalah aktiviti sosial yang mengumpulkan rakan dan keluarga untuk beramah mesra, berbual dan berkongsi minat masing-masing pada teh. Adat ini telah digambarkan dalam banyak lukisan, puisi dan karya sastera China.
Menurut Shen Dongmei, seorang penyelidik budaya teh di Akademi Sains Sosial China, membancuh teh di atas arang sentiasa menjadi sebahagian daripada norma hidup kebanyakan orang, terutamanya semasa musim sejuk di kawasan luar bandar seperti di provinsi Yunnan, Guizhou dan Hunan.
"Bagi golongan muda yang mungkin tidak pernah mendengar tentang tradisi ini, ia pengalaman baharu untuk mereka. Aktiviti berentak perlahan berperanan sebagai penawar untuk mengawal badan dan minda," kata Shen.
"Ia telah menjadi popular sejak beberapa tahun kebelakangan ini yang mungkin memberi peluang kepada golongan muda untuk mendalami pengetahuan tentang teh Cina. Mereka mungkin jatuh cinta dengan budaya teh hasil daripada trend budaya pop."
"Itulah daya hidup budaya tradisional. Walaupun persekitaran mungkin berubah, ia boleh muncul dalam bentuk lain yang sesuai dengan era semasa," kata Shen.