• <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>

    日本强奷中文字幕在线播放,极品午夜福利1000在线,18禁精品久久久国产精品久久久,另类小说在线观看

    Seabad Lebih Kopi di China

    Lebih 100 tahun telah berlalu sejak benih kopi pertama ditanam di tanah China. Dalam 20 hingga 30 tahun yang lalu, industri kopi mula menampakkan trend perkembangan pesat. Tahun-tahun kebelakangan ini, pasaran kopi China secara puratanya berkembang 20% tiap tahun, jauh lebih tinggi berbanding kadar pertumbuhan global iaitu 2%. Dianggarkan bahawa nilai pengeluaran industri kopi akan melebihi satu trilion yuan (kira-kira 650 bilion ringgit), menunjukkan potensi pasaran kopi di China yang cukup besar.

    Seorang kakitangan membuat kopi di kompleks komersial yang dibina semula daripada bangunan lama di Daerah Yuzhong, Chongqing, barat daya China, 6 Okt. 2022. (Xinhua/Tang Yi)

    Seorang kakitangan membuat kopi di kompleks komersial yang dibina semula daripada bangunan lama di Daerah Yuzhong, Chongqing, barat daya China, 6 Okt. 2022. (Xinhua/Tang Yi)

    Kampung Zhukula yang terletak di provinsi Yunnan merupakan tempat paling awal di China yang menanam kopi. Kebun kopi tempatan yang kini seluas 13 mu (0.87 hektar) mempunyai 1,134 pokok kopi yang 24 daripadanya berusia lebih daripada 100 tahun.

    Pada 1892, seorang mubaligh Katolik Perancis datang dan menanam pokok kopi di tempat itu, dan turut mengajar penduduk tempatan cara tanam, kisar dan bancuh kopi.

    Bagaimanapun, sekarang hanya sebahagian kecil kopi Yunnan sama spesies dengan yang ada di kampung Zhukula. Pada 1914, penduduk etnik Jingpo yang tinggal di sempadan China-Myanmar memperkenalkan kopi ke Ruili, Yunnan sebagai hiasan taman yang kemudiannya ditemui oleh ahli sains Yunnan dan digunakan untuk pengeluaran biji kopi. Kini, jenis kopi itu dikenali ramai sebagai kopi arabica Yunnan.

    Industri kopi telah mengalami beberapa fasa perkembangan di China.

    Dari akhir Dinasti Qing (1644-1911) hingga tahun 1949, dengan beberapa wilayah China membuka pintu dan berurus niaga dengan Barat, kopi dapat berkembang di bandar seperti Shanghai, Nanjing dan Guangzhou.

    Pada 1980-an, bertepatan dasar pintu terbuka sedang rancak dilaksanakan di China, ramai yang mencari rezeki di bandar-bandar tenggara atau pesisir laut timur seperti Shenzhen. Kopi segera yang berfungsi menghilangkan rasa mengantuk turut menjadi popular di sana.

    Pada abad ke-21, kopi yang dibancuh segar pula semakin diminati orang ramai dengan rantaian kedai kopi seperti Starbucks membuka kedai di China.

    Dalam 10 tahun yang lalu, jenama-jenama kopi berkualiti tinggi memperlihatkan pertumbuhan mendadak, termasuklah kopi buatan tangan. Perkembangan bandar yang pesat, gaya hidup yang pantas serta industri tertiari yang semakin maju membawa kepada peningkatan permintaan terhadap kopi. Ekoran itu, Shanghai beransur-ansur mendahului bandar raya lain dan menjadi dominan dari segi bilangan kedai kopi di dunia.

    Pada masa ini, produk baharu yang menyerapkan unsur-unsur seperti perubatan tradisional Cina dan arak sedang mencuri perhatian para penggemar kopi.

    Selain itu, pasaran kopi yang sedang berkembang rancak juga menarik banyak perusahaan lain menceburi bidang ini, termasuklah China Post, Guobuli (satu jenama makanan yang bersejarah di Tianjin) dan Sinopec (syarikat penapis minyak terbesar di China).

    Gaya Hidup

    Berita Berkaitan

    日本强奷中文字幕在线播放
  • <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>