- Lain-lain
Usah Cetuskan Ketegangan di Selat Taiwan: MFA
Beijing tegas menentang sebarang bentuk hubungan ketenteraan antara Taiwan dan negara yang menjalin ikatan diplomatik dengan China.
Pendirian itu diulangi jurucakap Kementerian Luar (MFA) Wang Wenbin ketika diminta mengulas laporan bahawa Amerika Syarikat (AS), Jepun dan Taiwan akan berkongsi data masa nyata mengenai dron pengintip tentera laut.
Wang menegaskan, prinsip satu China merupakan norma asas hubungan antarabangsa yang diterima umum, dan ia menjadi asas politik bagi hubungan China-AS serta China-Jepun.
Beliau menggesa supaya negara terbabit mematuhi prinsip satu China dan jangan mencetuskan faktor yang menyebabkan ketegangan di Selat Taiwan.
China akan berdiri teguh mempertahankan kedaulatan negara dan integriti wilayah, kata jurucakap itu.
- Rundingan Pegawai Kanan China-AS di Beijing
- China Komited Galakkan Pembangunan Damai: Li Shangfu
- Anggota G7 Tuding Jari Isu Taiwan, Ibarat Jolok Sarang Tebuan
- WHA Menolak Lagi Usul Melibatkan Taiwan
- Keputusan China Tolak Penyertaan Taiwan dalam WHA Dapat Sokongan Meluas
- Lawatan 'Performatif' Truss ke Taiwan Undang Kecaman
- Wang Yi Bertemu Sullivan
- Korea Selatan Digesa Patuhi Prinsip Satu China
- Guatemala Diingat Jangan Beranikan Kuasa Pemisah
- Britain Digesa Berhati-hati dalam Isu Taiwan