- Lain-lain
China dan AS Semestinya Saling Menghormati dan Sama Rata Kembangkan Hubungan
Presiden Xi Jinping pernah berkali-kali menyatakan bahawa perkembangan hubungan China dan Amerika Syarikat tidak patut dibawa ke arah permainan campur tolak atau sama kalah. Kedua-dua pihak dikehendaki bersikap betul melihat dasar dalam dan luar serta matlamat strategik masing-masing, mengekalkan prinsip saling menghormati, hidup bersama secara damai, kerjasama dan sama menang di samping mencari pendekatan yang tepat untuk mengembangkan hubungan bilateral. Ini bukan sahaja selaras dengan kepentingan rakyat kedua-dua negara dan juga harapan masyarakat antarabangsa pada amnya.
Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin ketika membicarakan hubungan China-AS dalam sidang media semalam berkata, AS melihat China sebagai "pesaing utama" dan "cabaran geopolitik terbesar" baginya. Ini sebenarnya penilaian salah yang serius tentang China. Terdapat persaingan antara China dan AS dalam bidang ekonomi dan perdagangan, dan persaingan itu tidak boleh dilaksanakan ke arah kalah mati , malah beralasan persaingan mengekang dan menindas pembangunan China yang tidak berdosa.
Wang menekankan bahawa China dan AS semestinya saling menghormati dan bersikap sama rata dalam mengembangkan hubungan bilateral.
"China sekali lagi menggesa pihak AS bertindak memastikan kesungguhan dalam pelaksanaan manifestasi Presiden Biden, menghentikan campur tangan terhadap urusan domestik China dan tindakannya yang menjejaskan kepentingan negara China. Washington diharap bertindak sehaluan dengan Beijing, membatalkan halangan dan mencipta syarat untuk mendororng hubungan bilateral kembali ke landasan perkembangan yang stabil dengan selangkah demi selangkah." Kata Wang.
- Qin Gang dan Blinken Berhubung Melalui Telefon
- AS Sambut Kedatangan Duta Besar China yang Baharu
- Menteri Perdagangan China, AS Adakan Perbincangan
- Duta Besar Baharu Bersedia Tingkatkan Interaksi dan Kerjasama China-AS
- China Harap AS Bekerjasama Perbaiki Hubungan Bilateral
- China, AS Boleh dan Perlu Bekerjasama: PM Li
- China dan AS perlu Bina Hubungan Saling Untung
- AS Digesa Tunjuk Keikhlasan, Betulkan Kesalahan
- AS Digesa Bentuk Penginsafan Objektif dan Rasional terhadap China
- China, AS Perlu Kekal Komunikasi, Elak Salah Tanggap