- Lain-lain
China dan Honduras Lancarkan Rundingan Perdagangan Bebas
China dan Honduras melancarkan rundingan perdagangan bebas bagi pusingan pertama di Tegucigalpa, ibu negara Honduras pada Jumaat lalu. Kedua-dua pihak telah memperincikan rundingan dan mencapai kata sepakat yang luas tentang matlamat keseluruhan, tugas berkenaan dan agenda seterusnya .
Dalam mesyuarat Jawatankuasa Ekonomi dan Perdagangan China dan Honduras yang diadakan pada hari yang sama, perunding perdagangan antarabangsa Kementerian Perdagangan merangkap Naib Menteri Perdagangan China, Wang Shouwen menyatakan bahawa China bersedia berusaha bersama dengan Honduras menggalakkan perkembangan perdagangan dua hala secara seimbang, menyediakan perlindungan dan kemudahan kepada sektor korporat dalam bidang pelaburan dan kerjasama. Selain itu, China bersedia meningkatkan penyelarasan dengan Honduras dalam pelaksanaan strategi pembangunan negara masing-masing di bawah rangka Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), dan menyediakan keterjaminanan sistematik kepada kerjasama ekonomi dan perdagangan dua hala melalui pendekatan yang pelbagai seperti menandatangani perjanjian perdagangan bebas.
Pihak Honduras pula menyatakan kesediaan meningkatkan penyelarasan dengan China dalam pelaksanaan dasar domestiknya, mendorong pengeksportan terhadap China di samping mengalu-alukan syarikat China melibatkan diri dalam projek yang diutamakan negara itu secara strategik.
- Perbincangan Presiden China-Honduras di Beijing
- Presiden Honduras Letakkan Kalungan Bunga pada Tugu Pahlawan Rakyat China
- Honduras Buka Kedutaan di China
- China Mahu Bersama Honduras Mantapkan Hubungan Bilateral
- Presiden Honduras Lawat China Bermula Jumaat
- Hubungan Honduras-China Penuh Peluang: Menteri Luar Honduras
- Prinsip 'Satu China', Konsensus Umum Masyarakat Antarabangsa