- Lain-lain
Laporan IAEA Bukan 'Lampu Hijau' Pelepaskan Air Radioaktif
Sekiranya ada orang menganggap air tercemar nuklear dari loji Fukushima adalah selamat untuk minum dan renang, kami mencadangkan pihak Jepun agar memberikan air radioaktif itu kepada orang-orang tersebut untuk minum atau renang, sebaliknya bukan melepaskannya ke dalam laut dan membimbangkan seluruh dunia.
Jurucakap Kementerian Luar China, Wang Wenbin berkata demikian ketika menjawab soalan wartawan dalam sidang media semalam.
Menurut laporan, Ketua Pengarah Agensi Tenaga Atom Antarabangsa (IAEA) mengeluarkan kenyataan kontroversi semasa lawatannya ke Korea Selatan dan New Zealand mutakhir ini. Beliau beberapa kali menyatakan bahawa air tercemar dari loji Fukushima yang dirawat adalah selamat untuk minum atau renang, dan air yang dirawat itu tidak berbahaya seperti air kumbahan dari loji nuklear di negara-negara lain.
Wang Wenbin menyatakan, laporan penilaian muktamad IAEA adalah kontroversi, pakar-pakar yang terlibat telah memberikan pendapat yang berbeza. Inilah fakta yang tidak boleh dinafikan.
"Ini sekali lagi mencerminkan IAEA menyelesaikan laporan itu dengan tergesa-gesa dalam isu pelepasan air tercemar yang amat kompleks, dan rumusannya adalah berbatas dan tidak menyeluruh." ujar Wang.
Oleh itu, menurut beliau, laporan itu tidak menyelesaikan kebimbangan masyarakat antarabangsa terhadap pelan pelepasan Jepun.
"Jepun tidak boleh menggunakan laporan IAEA sebagai 'lampu hijau' untuk melepaskan air sisa nuklear ke dalam laut," kata Wang.
- Semakin Ramai Bantah Rancangan Jepun Lepaskan Air Tercemar Nuklear ke Laut
- China Umumkan Larangan Import Makanan dari 10 Wilayah Jepun
- China Kesal IAEA Beri Kelulusan kepada Rancangan Jepun
- China Desak Jepun Hentikan Rancangan Lepaskan Air Tercemar Nuklear ke Laut
- Keputusan NRA Diumum dalam Masa Terdekat
- Jepun Digesa Tangani Air Tercemar Nuklear dengan Selamat
- Jepun 'Selfish', Siap Buang Air Kumbahan Nuklear ke Laut
- Lautan Bukan Pembetung Peribadi Jepun: MFA
- Air Kumbahan Terbocor, Pantai Awam Ditutup
- Jepun Tidak Boleh Lepaskan Air Tercemar Tanpa Persetujuan Masyarakat Antarabangsa