- Lain-lain
AS Diharap Sehaluan dengan China, Baiki Hubungan Dua Hala
Amerika Syarikat (AS) diharap bertindak sehaluan dengan China, melaksanakan konsensus yang dicapai pemimpin kedua-dua negara di Bali, menghapuskan gangguan, menangani dengan baik percanggahan pendapat, meningkatkan dialog dan kerjasama secara ikhlas supaya memantapkan dan membaiki hubungan kedua-dua negara.
Duta Besar China ke AS, Xie Feng berkata demikian ketika menyampaikan ucapan dalam majlis yang dianjurkan persatuan perantau China di Washington untuk meraikan kedatangan duta besar baharu, pada Ahad.
Menurutnya, sokongan, pengelibatan dan sumbangan golongan perantau China di AS amat penting dalam membawa hubungan China-AS kembali ke landasan betul.
Beliau berharap golongan perantau China mengikuti trend semasa, menyokong dengan tegas dan giat menyertai pembinaan modenisasi ala China, serta menyumbang kepada perkembangan sihat hubungan kedua-dua negara.
Selain itu, Xie juga menggalakkan golongan perantau tempatan terus memberikan sumbangan kepada pembangunan dan kemakmuran tempatan.