- Lain-lain
Bas Tanpa Pemandu Bakal Beroperasi di Kampung Universiade, Chengdu (3)
Sukan Universiti Musim Panas Antarabangsa atau Universiade ke-31 bakal membuka tirai di Chengdu, Sichuan pada 28 Julai. Mogo Auto, pembekal perkhidmatan teknologi dan kendalian pemanduan automatik China, akan menempatkan bas automatik (tanpa pemandu) tenaga baharu di kampung universiade untuk perkhidmatan pengangkutan dalam tempoh penganjuran temasya.
Sebuah bas dapat membawa kira-kira 10 orang, had laju adalah 20 km/j mengikut peraturan. Dianggarkan jumlah penumpang kendaliannya akan melebihi 10,000 orang.
Dimaklumkan bahawa, radar dan kamera dipasang pada seluruh kenderaan yang dilengkapi dengan sistem “vehicle-road-cloud integration”. Julat pengesanannya menjangkau 200 meter, membolehkannya mengesan gerakan dan objek dalam 360 darjah tanpa titik buta. Masa responsnya 0.1 saat, iaitu tiga kali lebih pantas daripada pemandu manusia, meningkatkan lagi tahap keselamatan pengangkutan.
- Pelbagai Jenis Robot Bakal Berkhidmat untuk Universiade
- Pusat Sukan Tasik Dong’an Menjelang FISU 2021 Chengdu
- Universiade Lonjak Imej Chengdu Sebagai Bandar Sukan
- Larian Obor Universiade Musim Panas Dunia Diadakan di Chongqing
- Chengdu 2021 Siar Animasi “Mengejar Sinar Cahaya”
- Larian Obor Universiade Bermula di Beijing
- Obor Universiade Chengdu 'Terbang' ke Beijing
- Chengdu Bersiap siaga Jadi Tuan Rumah Universiade