• <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>

    日本强奷中文字幕在线播放,极品午夜福利1000在线,18禁精品久久久国产精品久久久,另类小说在线观看

    Sukan Malam Hangatkan Musim Panas di Ibu Kota Purba, Xi’an

    Selepas memanaskan badan, berjoging dan melakukan regangan berhampiran tebing Kolam Qujiang, tempat pemandangan yang terkenal di Xi’an, Zhao Wenlong memuat naik hantaran tentang aktiviti senamannya ke laman sosial WeChat miliknya.

    Dilahirkan pada 1988, Zhao telah melazimkan aktiviti joging selama hampir 20 tahun., Dia bahkan telah mengasaskan sebuah kelab 10 tahun lalu, yang menarik penyertaan ribuan peminat joging.

    "Orang ramai sibuk bekerja pada siang hari. Berlari pada waktu malam bukan sekadar tanda (seseorang) menggunakan masa dengan cekap, tetapi juga cara untuk menenangkan diri selepas penat bekerja seharian," katanya.

    Berlatarbelakangkan panorama bandar Xi'an yang bercahaya, semakin ramai individu dilihat beralih ke aktiviti malam pada musim panas di taman, jalan raya dan tebing sungai serata kota.

    Foto udara bertarikh 25 April 2023 ini memperlihatkan pemandangan malam bahagian selatan tembok kota purba di Xi'an, provinsi Shaanxi di barat laut China. (Foto/Xinhua)

    Foto udara bertarikh 25 April 2023 ini memperlihatkan pemandangan malam bahagian selatan tembok kota purba di Xi'an, provinsi Shaanxi di barat laut China. (Foto/Xinhua)

    Menurut Zhao, terdapat kira-kira 100 ahli persatuan kelabnya berjoging bersama-sama berhampiran kawasan mercu tanda seperti Istana Daming dan Kolam Qujiang pada awalnya.

    Katanya, kini kumpulan itu dibahagikan kepada kumpulan-kumpulan kecil dengan masing-masing terdiri daripada tiga hingga lima individu untuk berjoging.

    "Ini bukan kerana jumlah kami yang berkurangan, tetapi kerana ada lebih banyak laluan untuk dipilih," kata Zhao.

    Untuk rekod, Xi'an yang letaknya di provinsi Shaanxi dengan populasi sekitar 13 juta mempunyai lebih daripada 1,000 taman mini dan dataran hijau, serta jalan berpokok yang melebihi 1,000 kilometer. Kebanyakan taman dan dataran dilengkapi dengan fasiliti bersenam, secara tidak langsung menjadikannya destinasi yang sesuai untuk peminat senaman.

    Seorang lagi pemuda, Zhao Wenzhe, menyatakan bahawa dia sudah mula bertaut minat pada aktiviti berbasikal waktu malam.

    "Waktu malam menawarkan keadaan jalan yang baik serta memberi peluang untuk menghayati pemandangan malam bandar, sambil kekal cergas. Ia merupakan satu pengalaman yang bermanfaat,” ujar pemuda berusia 29 tahun itu.

    Sebagai salah seorang daripada kira-kira 300 ahli kumpulan berbasikal dalam talian, Zhao lazimnya menyemak mesej jemputan kumpulan itu sebelum kerjanya selesai.

    "Kami akan menunggang bersama sekiranya memilih laluan yang sama. Dengan cara itu, perjalanan malam lebih selamat dan menyeronokkan," katanya.

    Difahamkan, bukan sahaja larian malam atau berbasikal yang berjaya meraih populariti, malah aktiviti seperti bermain frisbee, bola sepak bendera, luncur darat dan juga besbol dalam bar turut muncul sebagai sukan malam yang popular. Kesemua itu memberikan individu pilihan yang pelbagai untuk mengeluarkan peluh pada waktu malam.

    Guo Jianjun, seorang profesor di Capital University of Physical Education and Sports berkata, sukan waktu malam telah menjadi fenomena yang meluas, dengan terdapat peningkatan bilangan golongan belia yang terlibat dalam aktiviti fizikal selepas terbenamnya matahari.

    “Trend ini bukan sahaja meningkatkan kesejahteraan fizikal golongan muda di tengah-tengah kesibukan kehidupan moden, tetapi juga mewujudkan satu wadah inovatif untuk rangkaian sosial,” tegas Guo.

    Memetik statistik pendapatan sektor kebudayaan, sukan dan hiburan di Xi'an, satu lonjakan yang luar biasa iaitu sebanyak 15 peratus pada separuh pertama tahun ini telah disaksikan.

    Aktiviti sukan dianggap bukan sahaja menghidupkan ekonomi malam, tetapi juga meluaskan pilihan kegiatan masa lapang untuk penduduk dan pelancong.

    Dekan Fakulti Sukan dan Riadah di Universiti Pendidikan Jasmani Xi'an, Yang Jianshe berpendapat bahawa penglibatan dalam sukan serta aktiviti malam bukan sahaja memacu kemajuan dalam industri peralatan dan perkhidmatan sukan, tetapi juga menghubungkan sukan dengan bidang katering, budaya, hiburan dan pelancongan.

    “Kesalinghubungan ini menyumbang kepada perkembangan pesat ekonomi waktu malam,” ujar beliau.

    Orang ramai menunggang basikal di tembok bandar purba di Xi'an, provinsi Shaanxi di barat laut China, 16 Mei 2023. (Foto/Xinhua)

    Orang ramai menunggang basikal di tembok bandar purba di Xi'an, provinsi Shaanxi di barat laut China, 16 Mei 2023. (Foto/Xinhua)

    Video

    Berita Berkaitan

    日本强奷中文字幕在线播放
  • <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>