- Lain-lain
Jurugambar Temu Kegembiraan Dalam Malam Nan Gelap (3)
Foto astronomi Angel An: Romantika Teragung Alam Semesta: Nebula Roset. (foto/China Daily)
Sentiasa bersedia
Walaupun mempunyai kerjaya sebagai kurator di Beijing, An masih meluangkan banyak masa mengembara ke luar negara untuk mengambil gambar astrofoto dan merakam dokumentari tentang pengembaraannya.
Pada bulan Mac, beliau menjejakkan kaki ke Artik untuk mengambil gambar ribut geomagnet. Pada bulan-bulan berikutnya, beliau mengembara ke Iceland untuk membuat penggambaran dokumentari; ke Australia untuk merakam gerhana matahari penuh; ke Afrika Selatan untuk mengambil gambar unik langit malam; dan ke Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang untuk mengambil foto hujan meteor Pancuran Persei. Pada bulan ini sahaja, An telah berkelana di Greece, England dan Scotland.
Sejak 2017, beliau telah mengunjungi hampir 30 negara serta 100 bandar di China dan negara lain.
"Saya berasa tenang dalam situasi membadai dan di bawah langit malam yang gelap; tidak pernah kesepian atau takut.
"Saya sentiasa bersedia untuk keluar mengambil gambar," kata An yang turut percaya kejayaannya merangkul anugerah APOY adalah berikutan keadaannya yang sentiasa bersedia.
Beliau berkata, pada kebiasaannya, seorang jurugambar astro akan menggunakan tiga set kamera dan kanta dalam penghasilan gambar iaitu satu untuk foto, satu untuk video dan satu untuk kerja selang masa, biasanya menggunakan kanta jarak luas.
"Tetapi pada hari itu, saya menyediakan set kamera keempat yang menggunakan kanta 135 milimeter.
"Itu adalah kanta jarak jauh untuk astrofotografi. Dengan sudut yang sangat sempit, hampir mustahil untuk menangkap sprite yang berkelip-kelip di langit malam.
“Namun nasib saya baik. Set itu berfungsi dan berjaya menangkap sprite merah dengan terperinci. Buat pertama kalinya, kita boleh melihat keajaiban semula jadi pada jarak yang begitu dekat melalui foto," ujar An.
Foto astronomi Angel An: Bulan Dikelilingi Halo Berkembar di atas Tasik Wanaka. (foto/China Daily)