- Lain-lain
China Seru Gazetkan Zon Bebas Senjata Nuklear di Asia Barat
Naib Wakil Tetap China di PBB, Geng Shuang dalam mesyuarakat PBB ke-4 bagi menggazetkan zon bebas senjata nuklear dan senjata pembunuhan besar-besaran di Asia Barat, menyatakan bahawa mesyarakat antarabangsa perlu terus menyokong usaha menggazetkan satu zon bebas senjata nuklear dan senjata pembunuhan besar-besaran lain di Asia Barat yang dilihat sebagai sebahagian usaha membentuk mekanisme keamanan di rantau itu, dan juga mendesak bagi mendorong penyelesaian masalah dan kerjasama antara negara-negara serantau malah memacu proses keamanan.
Geng berkata, keamanan Asia Barat melibatkan kepentingan negara serantau dan kestabilan global. Memandangkan konflik yang berleluasa di dunia buat masa kini, China beranggapan bahawa hendaklah mengamalkan konsep keselamatan yang bersama, komprehensif, kerjasama dan berterusan, membentuk rangka keselamatan antarabangsa yang seimbang, berkesan dan konsisten, dan meneruskan pendekatan baharu yang bersandar kepada dialog dan bukan konfrontasi, mengutamakan perkongsian dan bukan persekutuan, serta mengejar situasi menang-menang dan bukan permainan tolak campur (sama kalah) dalam bidang keselamatan.
Menurut Geng, inilah cadangan yang bercirikan kecerdasan China untuk menghapuskan konflik antarabangsa secara tuntas dan merealisasikan ketenteraman di rantau berkenaan.
- Medan Minyak Ultra-Dalam Terbesar di China Mula Operasi
- Terokai Muzium Sains dan Teknologi Internet Dunia di Wuzhen
- Dari Latitud 31 hingga 39 Utara, Mari Terokai Keindahan Qinghai
- Cangzhou: Bandar Wushu Bersejarah yang Merasai Manfaat BRI
- Wartawan Eurasia Teroka Warisan Budaya Tak Ketara Etnik Miao di Guizhou