- Lain-lain
China Komited Promosi Kemajuan Hak Asasi Manusia Antarabangsa
China akan terus menempuh jalan pembangunan hak asasi manusia yang sesuai dengan keadaan negara sendiri, di samping bekerjasama dengan masyarakat antarabangsa untuk mempromosikan hak asasi manusia global berkembang secara sihat.
Demikian ujar Wakil Tetap China ke Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) di Geneva, Chen Xu ketika membentangkan pendirian China dalam perlindungan hak asasi manusia pada sesi ke-55 Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHRC) pada Isnin.
"Pada masa ini, krisis dan konflik kerap melanda, pergolakan serantau semakin meruncing, manakala multilateralisme dan undang-undang antarabangsa mengalami tempias teruk."
"Konflik di Gaza turut mencetuskan bencana kemanusiaan yang tidak pernah berlaku sebelum ini, dan meragut banyak nyawa yang tidak berdosa."
"Adalah mustahak untuk menyegerakan gencatan senjata, agar menyediakan syarat bagi bantuan kemanusiaan dan pemulihan keamanan," kata Chen.
Beliau menegaskan bahawa China sentiasa mengutamakan hak asasi manusia yang dinikmati oleh semua kaum.
"China telah berjaya menghapuskan kemiskinan mutlak dan siap membina sistem pendidikan, jaminan sosial dan perubatan yang terbesar di dunia."
"Dalam pada itu, China memperkasakan pembinaan demokrasi rakyat dalam seluruh proses, menambah baik mekanisme perlindungan kehakiman bagi hak asasi manusia, dan melakar kemajuan besar dalam pembangunan hak asasi manusia," ujar Chen.
Beliau menekankan bahawa China bersedia berganding bahu dengan pelbagai pihak untuk memajukan hak asasi manusia di peringkat global.
- Hak Hidup, Pembangunan Jadi Keutamaan: Wang Yi
- China Konsisten Tingkatkan Jaminan Hak Asasi Manusia
- Wang Yi Hadir Majlis Pembukaan Seminar Hak Asasi Manusia
- Pengalaman China Beri Sampel kepada Dunia - Seminar Hak Asasi Manusia
- UNHRC Lulus Resolusi mengenai Penggalakkan dan Perlindungan Hak Ekonomi, Sosial dan Budaya
- China Dipilih Lagi Anggota UNHRC 2024-2026
- Pembangunan, Kunci Perkasa Hak Asasi: MFA
- Pendirian China tentang Perpaduan Antarabangsa dalam Bidang Hak Asasi
- China Seru Hak Imigran Diberi Perlindungan Berkesan
- Inisiatif China Momentum Pembangunan Hak Asasi Manusia Sejagat