- Lain-lain
"China Sahabat Sejati" - PM Dominica
Perdana Menteri Dominica Roosevelt Skerrit menyifatkan China sebagai “sahabat sejati”, dan sikap China yang sama rata terhadap negara lain meninggalkan kesan mendalam kepada beliau.
Demikian kata Roosevelt dalam satu temu bual eksklusif dengan wartawan China dalam rangka lawatan rasmi ke-12nya ke China dari 23 hingga 29 Mac lalu.
Roosevelt Skerrit menyifatkan pertemuan dengan Presiden Xi sebagai agenda yang paling penting dalam lawatannya.
“Kami telah mengadakan perbincangan mengenai banyak isu penting, bukan sahaja mengenai hubungan dua hala, tetapi juga mengenai isu pelbagai hala.
“Kami telah mencapai konsensus mengenai perubahan iklim dengan bersetuju bahawa tindakan yang lebih pantas diperlukan untuk menangani isu tersebut.
“Dominica telah mendapat sokongan kuat daripada China untuk meningkatkan keupayaan dalam bidang menyesuaikan diri dengan perubahan iklim dan daya tahan terhadap bencana alam,” kata beliau.
Roosevelt Skerrit juga berpendapat, siri inisiatif yang dikemukakan oleh Presiden Xi membawa makna yang penting.
“Inisiatif-inisiatif tersebut menyumbang kepada pemeliharaan keamanan dunia, menggalakkan kemakmuran bersama, selain menyediakan peluang kepada setiap negara untuk mewujudkan kemakmuran.
“China adalah kawan kami untuk selama-lamanya.
“China sentiasa memberi sokongan kepada kami, khususnya pada saat kami berada pada tempoh kritikal.
“China juga memberi bantuan secara inisiatif, sebelum kami mengemukakan permintaan.
“Dengan ini, kami mengucapkan terima kasih kepada Presiden Xi dan rakyat China,” kata Roosevelt Skerrit.
Untuk rekod, ribut tropika Erika yang pernah melanda Dominica pada bulan Ogos 2015 meninggalkan impak yang kucar-kacir, misalnya memusnahkan jalan raya sepanjang pantai di barat Dominica yang disifatkan sebagai nadi pengangkutan negara itu yang menghubungkan ibu kota Roseau dengan bandar kedua terbesar, Portsmouth.
Seterusnya pada awal pagi 19 September 2017, Hurricane María yang dahsyat yang dikesan pada tahap 5 melanda Dominica dan hampir menghancurkan negara pulau kecil itu.
Pada masa kritikal itu, China tampil memikul tanggungjawab untuk membantu Dominica membaikpulih jalan raya tersebut, dan projek berkenaan diselesaikan pada tahun 2020 di sebalik penularan pandemik COVID-19.
Roosevelt Skerrit berkata, dalam tempoh 20 tahun sejak kedua-dua negara menjalinkan hubungan diplomatik, China memahami kebimbangan Dominica, sebagai sebuah negara pulau kecil, mengenai perubahan iklim, dan juga insaf akan aspirasi Dominica, sebagai sebuah negara membangun, untuk berusaha mewujudkan berdikari dalam bidang ekonomi.
“Dominica dan banyak negara lain boleh mendapat peluang dari pelaksanaan Inisiatif Jalur dan Laluan yang menekankan pembinaan bersama.
“Dominica menyokong visi dan inisiatif China tersebut, dan bersedia bekerjasama dengan China untuk mengamalkan multilateralisme dan mendorong keamanan dan pembangunan di dunia,” kata beliau.