• <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>

    日本强奷中文字幕在线播放,极品午夜福利1000在线,18禁精品久久久国产精品久久久,另类小说在线观看

    Rasai Roti ‘Pelbagai Etnik’

    Rasai Roti ‘Pelbagai Etnik’
    Yilnu Ishamudin memproses doh tepung di Kedai Roti Liuba di Yining, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, barat laut China, 13 Januari 2024. (Xinhua/Zhao Ge)

    Di mata Feng Xiaoli, roti rai dan walnut lieba istimewa adalah cerminan kepada gabungan sempurna kepada kepelbagaian budaya etnik.

    Untuk membuat lieba yang juga transliterasi roti Cina dalam bahasa Rusia, tukang rotinya beretnik Rusia dengan nama Rusia Lilia akan menambah tumbuhan hops dalam bahan penaik, iaitu satu langkah penting dalam resipi turun-temurun oleh nenek moyangnya yang berhijrah dari Rusia ke China pada tahun 1930-an.

    Selepas penapaian, Feng menguli doh dengan teknik roti rata tradisional Xibe. Dia kemudian menyetem corak yang rumit pada doh, yang secara tradisinya digunakan pada roti nan Uygur. Untuk langkah terakhir, wanita itu akan memasukkan doh ke dalam ketuhar untuk dibakar selama 65 minit, menghasilkan roti istimewa yang cukup sinonim dengan Kedai Roti Liuba.

    "Roti itu mempunyai inti walnut dan kismis, iaitu barangan yang diimport ke China melalui Jalan Sutera purba. Jadi, roti saya adalah campuran pelbagai budaya," kata Feng.

    Kedai roti Feng terkenal di Liuxing Street, sebuah komuniti bersejarah yang didiami oleh penduduk pelbagai kumpulan etnik, termasuk Kazak, Han, Hui, Uygur dan Rusia. Jalan itu adalah lambang kepelbagaian etnik di bandar sempadan Yining, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang di barat laut China, di mana 42 kumpulan etnik hidup dalam harmoni.

    "Tempat ini adalah rumah kepada banyak kumpulan etnik, jadi tabiat pemakanan kami bercampur-campur," kata Feng, "roti lieba gaya Rusia saya juga popular di kalangan orang Han dan Kazak."

    Kedai roti Feng mempunyai seorang pekerja etnik Xibe dan empat pekerja etnik Uygur.

    Yilnu Ishamudin, 49, wanita Uygur yang berasal dari Jalan Liuxing memberitahu bahawa jiran-jirannya terdiri daripada kumpulan etnik yang berbeza.

    "Saya masih ingat sejak kecil, kami telah meraikan perayaan yang berbeza, seperti Festival Musim Bunga dan Hari Raya Aidiladha. Orang ramai akan bersama-sama untuk bertukar-tukar salam, saling tak tumpah seperti saudara-mara," jelas wanita itu

    Apabila Yilnu mula bekerja di sini, dia bimbang dia tidak dapat menjalankan tugasnya dengan baik.

    "Nasib menyebelahi kami, semua orang sangat memahami dan bertolak ansur di sini," katanya sambil mengenang kembali bantuan rakan sekerjanya yang berjaya membantunya mempelajari semua kemahiran memasak utama dalam masa seminggu sahaja.

    "Yilnu adalah aset kepada pasukan. Dia fasih bertutur dalam bahasa mandarin, jadi dia pandai bercakap dengan pelanggan dari seluruh negara serta menguruskan kedai dalam talian kami di platform e-dagang.

    "Selepas bekerja bersama selama bertahun-tahun, kami telah menjadi sebuah keluarga. Kami tidak dapat dipisahkan," kata Feng.

    Hari ini, elemen kejiranan yang harmoni, dengan bangunan tersendiri dan cerita rakyat yang pelbagai, tempat itu telah diubah menjadi kawasan yang indah, sekali gus menarik pelancong dari seluruh negara.

    Lazimnya, roti lieba Feng yang baru dibakar habis dijual sejurus selepas Yilnu mengeluarkannya dari ketuhar dan meletakkannya di atas kaunter.

    Bagi Ni Li, seorang pelancong dari provinsi Sichuan, dia telah menunggu selama 15 minit sebelum akhirnya berjaya membeli roti itu, dan ia merupakan kali kedua beliau di Yining.

    Cerita wanita itu lagi, dia turut menyaksikan kepelbagaian etnik di bandar itu dengan menyifatkan ia sebagai sangat menarik.

    "Saya datang ke kedai roti ini kerana saya telah membaca banyak ulasan yang baik mengenainya secara dalam talian.

    "Saya terhidu aroma rai di udara, dan saya terpanggil dengan riang tawa oleh tukang roti ini. Tawa mereka membuatkan saya percaya bahawa mereka pasti telah membakar roti yang sangat lazat, serta menjalani kehidupan yang sangat bahagia," ujar Ni.

    Yilnu Ishamudin memperisakan doh roti sebelum dibakar di Kedai Roti Liuba di Yining, Wilayah Autonomi Uygur Xinjiang, barat laut China, 13 Januari 2024. (Xinhua/Zhao Ge).

    Video

    Berita Berkaitan

    日本强奷中文字幕在线播放
  • <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>