• <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>

    日本强奷中文字幕在线播放,极品午夜福利1000在线,18禁精品久久久国产精品久久久,另类小说在线观看

    Dasar ‘Ekonomi Perak’ China Pamer Potensi Perniagaan Sangat Besar

    Dasar ‘ekonomi perak’, yang merujuk kepada aktiviti ekonomi yang menawarkan produk atau perkhidmatan untuk warga emas kini dilihat mempunyai potensi pembangunan yang besar di China dengan terdapatnya sejumlah besar populasi penduduk yang semakin tua.

    Memetik data Biro Perangkaan Kebangsaan China, penduduk China yang berumur 60 tahun ke atas melangkaui angka 290 juta menjelang akhir 2023, iaitu 21.1 peratus daripada keseluruhan jumlah penduduk negara itu.

    Pengarah pejabat penyelidikan pembangunan penduduk Jabatan Ramalan Ekonomi di Pusat Maklumat Negeri, Hu Zuquan menjelaskan bahawa ekonomi perak merupakan istilah kolektif yang merangkumi satu siri aktiviti ekonomi dengan objektifnya untuk menyediakan produk atau perkhidmatan kepada warga tua.

    “Ia melibatkan pelbagai bidang dengan rantaian industri yang panjang dan pelbagai jenis perniagaan, meliputi industri primer, sekunder dan tertiari, sekali gus mewujudkan peluang perniagaan yang besar,” ujar beliau.

    Ketika ini, ekonomi perak China dilaporkan bernilai sekitar RMB7 trilion (AS$967.2 bilion) dan angka itu dijangka akan mencecah RMB30 trilion menjelang 2035.

    Difahamkan, terdapat permintaan yang besar dalam kalangan warga emas termasuk perkhidmatan seperti bantuan makan, mandi, mengemas rumah, dan pendidikan warga emas.

    Keperluan warga emas yang pelbagai dan bersifat peribadi semakin meningkat dengan pantas, dan China perlu membangunkan ekonomi perak dalam usaha merealisasikan aspirasi warga emas untuk mempunyai kehidupan yang lebih baik.

    Secara tidak langsung, ia juga akan menyuntik tenaga baharu ke dalam pembangunan ekonomi dan sosial yang berkualiti tinggi.

    Pada Januari tahun ini, Majlis Negara, kabinet kerajaan China, melancarkan garis panduan untuk meningkatkan kesejahteraan warga emas, menyeru usaha untuk menyelesaikan kesukaran dan kebimbangan yang mendesak, meluaskan skala bekalan, memupuk industri yang berpotensi, dan mengoptimumkan persekitaran pembangunan untuk ekonomi perak.

    "Saya percaya bahawa dengan sokongan dasar dan penyertaan daripada segenap lapisan masyarakat, ekonomi perak China akan memulakan tempoh pertumbuhan pesat," kata Hu.

    Di kawasan kejiranan Beihang, Huayuanlu, di daerah Haidian, Beijing, lebih 500 isi rumah dengan penduduk warga emas mempunyai robot yang diperkasakan kecerdasan buatan (AI) di kediaman masing-masing. Robot tersebut boleh membantu warga emas menempah teksi, mengingatkan waktu makan ubat, berbual, dan membiarkan mereka menikmati program hiburan. Malah, sekiranya warga emas itu terjatuh di rumah, robot tersebut boleh membantu untuk meminta bantuan.

    Robot yang diperkasakan AI dengan fungsi penjagaan warga emas yang pelbagai telah menjadi trend baharu dalam kalangan warga emas China. Menurut statistik, saiz pasaran produk China untuk warga emas mencecah RMB5 trilion pada 2023.

    Pihak berkuasa yang berkaitan telah membimbing perusahaan pembuatan untuk berusaha keras bagi meningkatkan kepelbagaian, kualiti dan pengiktirafan jenama produk kepada warga emas.

    Kementerian Perindustrian dan Teknologi Maklumat China telah mengeluarkan dua katalog produk untuk warga emas yang memfokuskan terhadap 631 produk berkualiti tinggi seperti pakaian dan aksesori warga emas, robot pendamping, peranti pemantauan pintar dan katil sakit pelbagai fungsi.

    Menurut data Suruhanjaya Kesihatan Kebangsaan China (NHC), model China untuk perkhidmatan penjagaan warga emas dipanggil "9073", iaitu kira-kira 90 peratus warga emas China dijaga di rumah, sekitar 7 peratus bergantung pada bantuan peringkat komuniti dalam penjagaan harian dan kemudahan lain, serta hanya 3 peratus tinggal di rumah orang tua.

    NHC dan Pejabat Suruhanjaya Kerja Kebangsaan mengenai Penuaan dalam pekeliling yang diterbitkan secara bersama menyebut bahawa China merancang untuk membina 5,000 komuniti contoh mesra warga emas di kawasan bandar dan luar bandar menjelang 2025.

    Selain itu, ia turut menyasarkan untuk menjadikan semua komuniti bandar dan luar bandar di seluruh negara mesra warga emas menjelang akhir 2035.

    "Ekonomi perak China mempunyai potensi pembangunan yang sangat besar," kata Jiang Xiangqun, Profesor di Pusat Pengajian Sosiologi dan Kajian Populasi di Universiti Renmin China.

    Beliau berkata, pada masa ini terdapat permintaan yang mendesak bagi mereka yang berumur 50-an dan 60-an dalam perkhidmatan dan produk yang berkaitan dengan kesihatan, kesejahteraan, dan penjagaan perubatan.

    "Pada masa hadapan, peningkatan jumlah warga emas yang celik teknologi, suka fesyen, bertenaga dan mementingkan kualiti akan memacu peningkatan keperluan penjagaan warga emas dan struktur penggunaan, yang dijangka menyuntik tenaga baharu ke dalam pembangunan ekonomi dan sosial," tambah Jiang.

    Video

    Berita Berkaitan

    日本强奷中文字幕在线播放
  • <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>