• <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>

    日本强奷中文字幕在线播放,极品午夜福利1000在线,18禁精品久久久国产精品久久久,另类小说在线观看

    Mi Tarik Lanzhou Kini Jadi Industri Berkembang Maju

    (Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Isnin 29 Julai 2024

    Bagi penduduk di Lanzhou, di Provinsi Gansu, barat laut China, pagi hari dimulakan dengan hidangan semangkuk mi tarik sup daging.

    Li Xiangguo, penduduk asal Lanzhou, kebiasaannya akan tiba di kedai yang menjual mi itu seawal pukul 6 pagi. Dia yang sangat mengenali tentang serba-serbi mi tersebut akan memesan mi ‘erxi’, yang menandakan ketebalan mi.

    Pelanggan beratur di restoran mi tarik di bandar Lanzhou, Provinsi Gansu, barat laut China. (People’s Daily Online/Huang Fan)

    Pelanggan beratur di restoran mi tarik di bandar Lanzhou, Provinsi Gansu, barat laut China. (People’s Daily Online/Huang Fan)

    ‘Satu jernih, dua putih, tiga merah, empat hijau’, merupakan satu frasa yang melambangkan bahan-bahan di dalam hidangan mi tarik daging iaitu kuah sup jernih, lobak putih, minyak cili merah dan herba hijau.

    Mi tarik sup daging sudah bersejarah sejak zaman Jiaqing (1796-1820) Dinasti Qing (1644-1911). Melalui inovasi dan penambahbaikan secara berterusan, ia secara beransur-ansur berkembang menjadi hidangan yang diiktiraf secara meluas dan popular.

    Pada Disember 2020, Provinsi Gansu telah mewujudkan taman perindustrian mi tarik Lanzhou pertama di kaunti Yongdeng, yang bertujuan untuk menjalin rantaian industri bersepadu yang menggabungkan operasi kedai rantaian fizikal dan pemasaran dalam talian produk pra-pembungkusan.

    Taman tersebut menghasilkan bahan-bahan mentah dan bahan tambahan yang dibekalkan kepada kedai mi tarik di seluruh negara. Produk tarik Lanzhou separa siap yang dihasilkan di situ dijual melalui pelbagai saluran termasuk platform dalam talian, pasar raya, kedai serbaneka, stesen kereta api berkelajuan tinggi dan lapangan terbang.

    Foto institut penyelidikan di dalam taman perindustrian mi tarik Lanzhou Provinsi Gansu, barat laut China. (People's Daily Online/Wang Jinxue)

    Foto institut penyelidikan di dalam taman perindustrian mi tarik Lanzhou Provinsi Gansu, barat laut China. (People's Daily Online/Wang Jinxue)

    Naib Datuk Bandar Lanzhou, Jin Fang ketika diwawancara People’s Daily Online berkata ketika ini terdapat lebih daripada 1,280 restoran mi tarik di Lanzhou yang menjana jualan tahunan sebanyak lebih daripada RMB3.5 bilion (sekitar RM2.2 bilion).

    “Jenama mi tarik tempatan telah membuka lebih daripada 4,300 cawangan di luar Gansu, dengan pendapatan tahunan melebihi RMB13 bilion.

    “Mereka juga membuka lebih daripada 600 cawangan di lebih 60 negara dan wilayah, dengan 26 syarikat makanan pra-bungkus,” ujarnya.

    Foto memaparkan produk pra-bungkus mi tarik Lanzhou. (People's Daily Online/Wang Jinxue)

    Foto memaparkan produk pra-bungkus mi tarik Lanzhou. (People's Daily Online/Wang Jinxue)

    “Ketika ini, mi tarik Lanzhou telah membangun menjadi rantaian perindustrian yang besar, dengan menggabungkan pembangunan jenama, operasi rantaian, penyelidikan dan pembangunan, latihan teknikal, serta pemprosesan dan pengeluaran,” ujar Liu Zhiqiang, timbalan pengarah biro perniagaan Lanzhou.

    Tambah beliau, bandar itu akan terus menerokai nilai bagi jenama, ekonomi dan budaya mi tarik Lanzhou, untuk memberikan nafas baharu terhadap tradisi kulinari tersebut.

    Video

    Berita Berkaitan

    日本强奷中文字幕在线播放
  • <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>