- Lain-lain
2,000 Belia Sertai Forum Pembangunan Belia Dunia di Beijing (3)
Timbalan Setiausaha Agung PBB, Amina Mohammed menyampaikan ucapan menerusi video pada majlis pembukaan Forum Pembangunan Belia Dunia 2024 di Beijing, ibu negara China, 12 Ogos 2024. (Xinhua/Cai Yang) |
Forum Pembangunan Belia Dunia 2024 membuka tirainya pada Isnin di Beijing, ibu kota China dengan penyertaan secara fizikal dan dalam talian oleh lebih 2,000 belia dari lebih 130 negara dan 20 organisasi antarabangsa.
Memetik agensi berita Xinhua, para peserta akan turut melawat bandar-bandar lain di China seperti Nanning dan Hangzhou bagi membincangkan isu berkait pembangunan hijau, pembangunan digital, warisan budaya dan inovasi, serta bandar berorientasikan pembangunan belia.
Pada acara pembukaan forum itu, ahli epidemiologi terkemuka China, Zhong Nanshan yang juga ahli akademik Akademi Kejuruteraan China turut berkongsikan tentang perkembangan peribadinya serta pengalaman kerja menerusi video.
Beliau berkata, kaum belia merupakan barisan hadapan dan tonggak dalam menangani kecemasan kesihatan awam ketika berlakunya wabak SARS pada 2003 dan pandemik COVID-19.
Zhong turut menggalakkan kaum belia agar mempunyai cita-cita yang besar dan ideal, serta berusaha mendapatkan lebih banyak kemajuan dalam memajukan sempadan teknologi.
Timbalan Setiausaha Agung Pertubuhan Badan-badan Bersatu (UN), Amina Mohammed pula berpendapat bahawa golongan belia adalah penggerak di sebalik Agenda Pembangunan Mampan 2030.
Beliau juga menzahirkan harapan agar suara belia didengari serta menyeru supaya belia diperkasakan dengan pendidikan dan kemahiran.
Pada hari sama, satu kertas cadangan dari belia untuk Sidang Kemuncak Masa Depan PBB telah dikeluarkan pada acara itu, manakala program kerjasama antarabangsa untuk latihan keusahawanan dan kemahiran belia turut sama dilancarkan.
- Jambatan Wanning: Tulang Belakang Paksi Tengah Beijing
- Melancong ke China: Bagaimana Pelancong Asing Melihat China
- Jalan Sutera Budaya | Menang-menang: Kisah Malaysia
- Bagaimana Warga Malaysia dan Indonesia Melihat China?
- Menara Suria Garam Lebur Serlahkan Industri Tenaga Hijau Xinjiang yang Pesat Berkembang di Hami
- PMI bagi Sektor Pembuatan China 49.4% pada Julai
- Mesyuarat Menteri Luar China-ASEAN Diadakan di Vientiane
- Harap Kerjasama Asia Timur Terus Lakar Kemajuan Baharu: MFA
- PMI Pembuatan China Catat 50.4 Peratus pada April
- Tiga Indeks Naik Serentak, Papar Ekonomi China Rancak
- PMI Pembuatan China Meningkat ke 50.8%
- PMI Pembuatan China Catat 49.2 Peratus pada Januari
- Gala Antarabangsa TBC Anjuran Guangxi Tampil Kepelbagaian Budaya China, ASEAN
- PMI Perkilangan China 49% pada Disember
- PMI Pembuatan China Naik Untuk Tiga Bulan Berturut-turut