- Lain-lain
China, Arab Saudi Saksikan Lonjakan Besar dalam Kerjasama - PM Li
Atas undangan Putera Arab Saudi yang juga Perdana Menteri, Muhammad Bin Salman Bin Abdel Aziz Al Saud, Perdana Menteri China, Li Qiang telah bertolak dari Beijing ke Riyadh semalam untuk mempengerusikan mesyuarat ke-4 Jawatankuasa Bersama Peringkat Tinggi China-Arab Saudi dan mengadakan lawatan di negara itu.
Pesawat khas yang membawa Li telah mendarat di Lapangan Terbang Raja Khalid di Riyadh pada malam semalam waktu tempatan.
Menurut Li, China dan Arab Saudi, dua negara yang mempunyai persahabatan tradisional, telah menyaksikan lonjakan besar dicapai dalam perkembangan hubungan bilateral yang dijalinkan secara rasmi pada 34 tahun yang lalu, dan teruja dengan pencapaian cemerlang dalam kerjasama kedua-dua pihak yang tidak terlepas dari usaha bersama-sama.
"Saya semasa melawat di negara itu akan mengikuti sesi perbincangan dengan Putera Muhammad Bin Salman Bin Abdel Aziz Al Saud tentang hubungan China-Arab Saudi, dan isu-isu yang menarik perhatian kedua-dua pihak yang terkait dengan projek kerjasama," kata Li.
"Saya berharap agar melalui lawatan kali ini, kedua-dua pihak dapat meningkatkan penyelarasan dalam pelaksanaan strategi pembangunan di negara masing-masing, meneroka kerjasama yang saling menguntungkan dalam pelbagai bidang, meningkatkan kebersamaan dan menyuburkan persahabatan dalam kalangan rakyat kedua-dua negara, dan mendorong hubungan China-Arab Saudi berkembang ke tahap yang lebih tinggi yang dipercayai kondusif bagi mengeratkan lagi hubungan China dengan negara-negara di kawasan Teluk dan dunia Arab," tambah beliau.
- Li Qiang Bakal Lawat Arab Saudi, UAE
- Arab Saudi Menjadi Destinasi Pelancongan Berkumpulan China
- China, Bahrain Tubuhkan Perkongsian Strategik Komprehensif
- China Sedia Rapatkan Hubungan dengan Negara Arab
- Pertemuan Wang Yi dengan Para Hadirin Mesyuarat Menteri Ke-10 Forum Kerjasama China-Arab
- Xi Bakal Hadiri Majlis Perasmian Mesyuarat Peringkat Menteri ke-10 CASCF
- Xi Balas Surat Pelajar "Projek Seratus Sekolah" di UAE
- Pemimpin Negara Bahrain, Mesir, Tunisia, UAE Akan Lawat China
- Xi Bakal Hadir Perasmian Mesyuarat Menteri ke-10 CASCF
- Bina Komuniti Berkongsi China-Arab Bertaraf Lebih Tinggi, Kata Xi