- Lain-lain
Semakin Banyak Elektrik Bekalan Xinjiang Disalurkan ke Grid Nasional
Pembinaan projek loji janakuasa elektrik yang berkapasiti 10 juta kilowatt untuk penyaluran ke grid nasional dari "gurun, gobi dan padang pasir"yang pertama di selatan wilayah Xinjiang telah dimulakan di kaunti Ruoqiang pada Sabtu.
Projek itu juga merupakan salah satu komponen saluran keempat dalam pelaksanaan skim "Penghantaran Elektrik Bekalan Xinjiang ke Grid Nasional".
Rizab tenaga suria dan angin di Xinjiang antara yang terbanyak di negara ini, tetapi permintaannya terhadap bekalan elektrik agak kecil kerana kepadatan penduduknya rendah di wilayah yang luas.
Sementara itu, permintaan terhadap bekalan elektrik amat tinggi di kawasan bahagian timur, provinsi Sichuan dan bandar Chongqing berikutan jumlah populasinya banyak dan ekonominya maju.
Pada beberapa tahun kebelakangan ini, China berusaha mempercepatkan langkah pembinaan dalam menyalurkan elektrik bekalan Xinjiang yang kaya dengan sumber tenaga bersih ke grid nasional.
China telah menyelesaikan pembinaan dua saluran Voltan Ultra Tinggi (UHV) bagi skim"Penghantaran Elektrik Bekalan Xinjiang ke Grid Nasional" iaitu dari Hami ke Zhengzhou dan dari Changji ke Guquan pada masa ini, dan sedang mempercepatkan langkah pembinaan saluran ketiga, iaitu projek penghantaran elektrik terus UHV±800 kilovolt dari Hami ke Chongqing yang merentasi Xinjiang, Gansu, Shaanxi, Sichuan dan Chongqing. Projek ini dijangka akan beroperasi dengan kapasiti penuh menjelang akhir 2025.?
Sejak unit generator janakuasa elektrik Xinjiang disambungkan dengan grid nasional di bahagian barat laut pada 2010, bekalan elektrik yang dihantar dari Xinjiang ke 20 provinsi lain melebihi 800 bilion kilowatt-jam.
Apabila keempat-empat saluran penghantaran elektrik UHV bagi projek "Penghantaran Kuasa Xinjiang" siap dibina secara menyeluruh, lebih separuh daripada kuasa elektrik yang dihantar dari Xinjiang dijana dengan tenaga bersih.
- "Shenhai-1" Fasa Dua Siap untuk Pengeluaran Gas Asli
- Melabur di Xinjiang | Kazanqi, Jalan Purba Berhiaskan Senyuman Tulus
- Melabur di Xinjiang | Tomato Kecil Disuburkan Data Besar
- China Terbanyak Kapasiti Loji Jana Kuasa TBB yang Dibina Pada 2023
- Fujian Sibuk Bina Loji Fotovolta Luar Pesisir
- Prospek Cerah Kerjasama Tenaga Hijau China-Asia Tengah
- Menara Suria Garam Lebur Serlahkan Industri Tenaga Hijau Xinjiang yang Pesat Berkembang di Hami
- Bekalan Tenaga Elektrik 800 Bilion kWj Disalurkan dari Xinjiang
- Enam Loji Jana Kuasa Sungai Yangtze Bekalkan Elektrik 1.5 Bilion Kilowatt Sehari
- Taman Perindustrian Kuasa Angin Luar Pesisir Rantaian Industri Penuh Pertama China
- Jom Ke China | Kashgar, Pintu yang Menghubungkan Dunia Timur Dan Barat
- Perdagangan, Pelancongan, Pacu Momentum Pertumbuhan Ekonomi China
- FTZ Rintis Xinjiang Catat Prestasi Cemerlang
- Jumlah Import Eksport Xinjiang Naik 48.4% pada H1
- Laluan Penerbangan Pengangkutan Kargo Urumqi-Tbilisi Mula Beroperasi
- Jumlah Penumpang Catat Rekod Tertinggi di Xinjiang
- Xinjiang Buka Lapangan Terbang ke-27
- Tenaga Elektrik Mencukupi Jamin Pengeluaran Tenusu Dipercepatkan di Urumqi
- Laluan Penerbangan Kargo Urumqi-Katowice Beroperasi
- Pupuk Lebih Banyak Kader Berkaliber untuk Xinjiang - Xi