- Lain-lain
Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 Buka Tirai
Sidang Kemuncak ASEAN ke-44 dan ke-45 membuka tirai di Vientiane, Laos pagi tadi.
Sidang kemuncak yang bertemakan "Mempertingkat Kesalinghubungan dan Daya Tahan" tersebut akan berlangsung selama tiga hari iaitu sehingga 11 Oktober, dengan memberikan tumpuan kepada keperluan negara-negara ASEAN untuk meningkatkan kesalinghubungan serantau serta daya tahan ekonomi dan memperkasa kerjasama.
Negara-negara ASEAN akan mengadakan sejumlah sidang pleno serta sidang dua hala dan sidang pelbagai hala dengan pelbagai negara rakan dialog termasuk China dan Amerika Syarikat, antaranya termasuk sesi ke-27 Mesyuarat Pemimpin ASEAN-China (10+1), sesi ke-27 Mesyuarat Pemimpin ASEAN-China, Jepun dan Korea Selatan (10+3), serta Sidang Kemuncak Asia Timur (EAS) ke-19.
Turut hadir, kelompok pemimpin daripada lebih 20 buah negara termasuk negara ASEAN, negara rakan dialog ASEAN dan negara pemerhati serta perwakilan dari sekumpulan pertubuhan antarabangsa termasuk Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).
- ADMM Tidak Rasmi 2024 Diadakan di Laos
- Mesyuarat Pegawai Kanan ASEAN 2024 Berlangsung
- Sidang Kemuncak ASEAN Ke-43 dan Siri Sidang Pemimpin Kerjasama Asia Timur Tutup Tirai
- Kenyataan Pengerusi Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 Dikeluarkan
- PM Li Hadiri Mesyuarat ke-26 Pemimpin China-ASEAN (10+1)
- Pertumbuhan Ekonomi Serantau, Tumpuan Sidang Kemuncak ASEAN ke-43
- Sidang Kemuncak ASEAN ke-43 Dirasmikan Hari Ini
- Sidang Kemuncak ASEAN ke-42 Tutup Tirai
- Sidang Kemuncak ASEAN Ke-42 Buka Tirai