- Lain-lain
Forum Kerjasama Media China-LAC Diadakan di Rio, Brazil (2)
Forum Kerjasama media China-Amerika Latin dan Caribbean (LAC) diadakan di Rio de Janeiro pada 16 Oktober waktu tempatan, dihadiri lebih 100 wakil media, badan pemikir dan organisasi antarabangsa dari 13 negara dan wilayah.
Para wakil China berpandangan bahawa pertukaran dan pembelajaran antara tamadun penggerak penting dalam menggalakkan kemajuan tamadun manusia serta keamanan dan pembangunan dunia. Media China dan LAC harus memainkan peranan sepenuhnya untuk menjalin persefahaman, mengeratkan hubungan rakyat, dan menyumbang kepada pembinaan komuniti berkongsi nasib China-LAC.
Tia Ju, naib presiden kedua Dewan Legislatif Rio de Janeiro berkata kerjasama antara media China dan LAC dapat memecahkan stereotaip dan menggalakkan pemahaman yang lebih mendalam. Sinergi sedemikian diharap akan merapatkan rakyat Brazil dan China, hingga wujudnya masa depan yang lebih cerah dengan rasa saling hormat serta pembangunan bersama.
Marcos de Oliveira, pengerusi akhbar Monitor Mercantil pula berpendapat bahawa, negara-negara LAC kini sedang menerokai kerjasama yang rapat dengan China demi keuntungan bersama semua pihak.
Forum Kerjasama media China-Amerika Latin dan Caribbean (LAC) adalah anjuran bersama People’s Daily China dan Monitor Mercantil Brazil.