- Lain-lain
Bahan Bantuan China Diserahkan kepada Lubnan
Barangan perubatan sebagai bantuan kemanusiaan kecemasan yang dihulurkan China telah tiba di Lapangan Terbang Antarabangsa Beirut, Lubnan pada Isnin.
Sebuah pesawat muatan sebanyak 3,601 kotak barangan bantuan perubatan yang melibatkan ubat anestesia, tiub intubasi trakea pakai buang, gaun pembedahan dan topeng oksigen, berlepas dari Shanghai dan tiba di Lubnan setelah terbang selama lebih 11 jam.
Duta Besar China ke Lubnan, Qian Minjian dan Menteri Kesihatan Awam Lubnan, Firass Abiad menghadiri majlis penyerahan dan menandatangani sijil penyerahan bahan bantuan tersebut.
Qian Minjian berkata, sebagai rakan sejati Lubnan, China tegas menyokong Lubnan dalam memelihara kedaulatan, keselamatan dan maruah negaranya, dan menentang sekeras-kerasnya sebarang serangan sembarangan terhadap orang awam.
Firass Abiad pula berkata, ini bukan kali pertama China memihak kepada Lubnan.
“Kami (Lubnan) ingat akan bantuan China kepada Lubnan, khususnya bantuan yang disalurkannya kepada Kementerian Kesihatan Awam Lubnan semasa penularan pandemik COVID-19 dan setelah berlakunya letupan di pelabuhan Beirut.
“Kami mengucapkan terima kasih dan menghargai semangat perpaduan yang ditunjukkan China pada masa kritikal tersebut,” katanya.
- China akan Beri Layanan Tarif Sifar kepada Negara Paling Kurang Membangun
- China Sumbang Dana kepada UNRWA, Tingkat Bantuan ke Gaza
- China Hulur Bantuan kepada Papua New Guinea Tangani Bencana
- Lagi Barang Bantuan Kemanusiaan China untuk Rakyat Palestin akan Tiba di Mesir
- Bahan Makanan Bantuan China Tiba di Cuba
- China Hulur Bantuan Kemanusiaan kepada Nepal
- China Janji Terus Sokong Projek Berpaksikan Rakyat di Luar Negara
- China Hantar Lagi Barang Bantuan Kemanusiaan ke Afghanistan
- China Hulur Bantuan Kemanusiaan kepada Palestin
- Bahan Bantuan China Tiba di Lapangan Terbang Herat