- Lain-lain
Xi Bertemu Presiden Mesir
China bersedia menjadi rakan ikhlas yang bantu-membantu antara satu sama lain serta rakan kongsi rapat untuk pembangunan bersama dengan Mesir.
Presiden Xi Jinping membuat kenyataan itu semasa pertemuan dengan Presiden Mesir Abdel-Fattah al-Sisi di luar sidang kemuncak BRICS ke-16 di Kazan, Rusia pada Rabu.
Xi berkata kedua-dua pihak harus terus teguh menyokong satu sama lain, memperkukuh rasa saling percaya dalam bidang politik, memperdalam kerjasama praktikal, memantapkan usaha sama berorientasikan Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI) serta merapatkan lagi pertukaran sosiobudaya.
Hendaklah menggerakkan hubungan bilateral ke arah membina komuniti berkongsi nasib China-Mesir pada era baharu, tambah beliau.
Dalam pada itu, Sisi menyatakan kesediaan Mesir untuk menyelaraskan strategi pembangunannya dengan BRI sambil memperkasa kerjasama pragmatik dalam pelbagai bidang antara kedua-dua negara.
Menurut beliau, Mesir akan meningkatkan koordinasi pelbagai hala dengan China untuk bersama-sama memelihara kepentingan negara membangun dan Selatan Global, serta menggalakkan pembinaan sistem tadbir urus global yang lebih adil dan munasabah.