- Lain-lain
Foto: Loji Nuklear Sanmen CNNP Mula Dibina (2)
Dengan kelulusan daripada Jabatan Pentadbiran Keselamatan Nuklear Kebangsaan, tong pertama konkrit dituang ke tapak pembinaan unit generator No.4 Loji Jana Kuasa Nuklear Sanmen pada 22 Mac. Perkembangan ini menandakan bermulanya pembinaan fasa kedua bagi projek yang dilabur China National Nuclear Power (CNNP) di provinsi Zhejiang itu, yang diiktiraf sebagai projek tenaga penting negara.
Setakat ini, sebanyak sembilan unit loji kuasa nuklear milik CNNP dalam pembinaan dengan jumlah kapasiti terpasang mencecah 10.129 juta kW.
Zhejiang sentiasa berpegang pada jalan pembangunan berkualiti yang mesra alam berteraskan konsep “gunung hijau dan air jernih bagaikan gunung emas dan perak”. Selepas siap dibina dan beroperasi, unit generator No.4 Loji Sanmen dapat menjana kuasa elektrik sebanyak 10 bilion kWj, bersamaan dengan mengurangkan pelepasan karbon dioksida sebanyak 7.5 tan dan menanam hutan seluas 20,000 hektar.