- Lain-lain
Hubungan China-Asia Tengah Terus Lakar Kemajuan
Hubungan antara China dengan negara-negara Asia Tengah terus melakar kemajuan besar sejak terjalinnya ikatan diplomatik pada 31 tahun lalu.
Timbalan Pengarah Jabatan Eurasia Kementerian Luar Yu Jun berkata, mekanisme kerjasama China-Asia Tengah yang bersifat pragmatik mendapat sokongan dan sambutan baik daripada negara-negara Asia Tengah.
"Kolaborasi China-Asia Tengah tidak menyasarkan pihak ketiga dan tidak bertujuan untuk bersaing dengan mekanisme lain.”
"China menyokong segala usaha yang kondusif bagi kestabilan dan kemakmuran bersama serantau," kata beliau semasa sesi taklimat menjelang Sidang Kemuncak China-Asia Tengah.
Yu berkata pada fasa seterusnya, China akan terus bersinergi dengan negara-negara Asia Tengah untuk memantapkan lagi mekanisme kerjasama berkenaan.
Sidang Kemuncak China-Asia Tengah dijadual berlangsung di Xi'an, provinsi Shaanxi bermula 18 hingga 19 Mei.
Ia bakal menyaksikan pertemuan bersemuka buat julung kalinya antara enam ketua negara sejak China menjalin hubungan diplomatik dengan negara berkenaan pada 31 tahun lalu.
- Kerjasama Ekologi China-Asia Tengah Produktif
- Negara Asia Tengah Harap Tingkat Kerjasama Dagangan dengan China
- Jadi Duta Muhibah, Semarakkan Jalinan Baik China-Asia Tengah: Xi
- Sidang ketujuh Dewan Perniagaan China-CEEC Berlangsung
- Era Baharu Kerjasama China-Asia Tengah Bermula
- Kerjasama China-Asia Tengah Konsisten dan Substantif
- BRI Rapatkan Kerjasama China, Negara Asia Tengah
- Sidang Kemuncak China-Asia Tengah Bawa Makna Besar
- Xi Jinping akan Pengerusikan Sidang Kemuncak China-Asia Tengah
- Presiden Kazakhstan, Kyrgyzstan, Tajikistan dan Uzbekistan akan Lawat China