- Lain-lain
China Bantah Keras Lawatan 'Transit' Lai Ching-te ke AS
China tegas menentang lawatan pemisah 'kemerdekaan Taiwan' ke Amerika Syarikat (AS) dengan apa jua alasan, dan membantah keras sebarang bentuk hubungan rasmi antara AS dengan Taiwan.
Dilaporkan, naib pemimpin wilayah Taiwan China, Lai Ching-te tiba di New York malam tadi sebagai transit di AS ketika dalam perjalanannya ke Paraguay untuk menghadiri upacara angkat sumpah Presiden negara itu.
Jurucakap Kementerian Luar (MFA) China menyelar kegiatan Lai seumpama secara serius melanggar prinsip satu China, serta menjejaskan kedaulatan dan integriti wilayah China.
Jurucakap itu berkata cubaan pihak berkuasa Taiwan mengejar 'kemerdekaan Taiwan' menerusi sokongan AS serta tindakan AS yang mahu mengekang China dengan mempergunakan isu Taiwan, menjadi punca utama ketegangan situasi Selat Taiwan.
AS digesa supaya mematuhi prinsip satu China dan tiga pengumuman bersama China-AS, serta memenuhi komitmen tidak menyokong 'kemerdekaan Taiwan', 'dua China' atau 'satu China, satu Taiwan'.
- AS Digesa Tarik Balik Akta Berkaitan Taiwan
- China Bantah Keras Bantuan Ketenteraan AS kepada Taiwan
- Jangan Hantar Isyarat Salah kepada Pemisah ‘Kemerdekaan Taiwan’
- Forum Selat ke-15 Lakar Hasil Memberangsangkan
- China Tegas Jaga Kedaulatan Negara
- Usah Cetuskan Ketegangan di Selat Taiwan: MFA
- Rundingan Pegawai Kanan China-AS di Beijing
- China Komited Galakkan Pembangunan Damai: Li Shangfu
- Anggota G7 Tuding Jari Isu Taiwan, Ibarat Jolok Sarang Tebuan
- WHA Menolak Lagi Usul Melibatkan Taiwan