• <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>

    日本强奷中文字幕在线播放,极品午夜福利1000在线,18禁精品久久久国产精品久久久,另类小说在线观看

    Pasca-Perang: Loji China Beri Sinar Harapan kepada Iraq (6)

    (Akhbar Renmin Ribao Dalam Talian)Khamis 14 Disember 2023
    Pasca-Perang: Loji China Beri Sinar Harapan kepada Iraq
    Foto yang diambil pada 21 November 2023 ini menunjukkan Loji Jana Kuasa Wasit, loji kuasa haba terbesar di Iraq, di wilayah Wasit. (Foto Khalil Dawood/Xinhua)

    Di sepanjang Sungai Tigris di wilayah Wasit, tersergam megah loji jana kuasa haba terbesar Iraq.

    Dilengkapi dengan enam unit penjana yang berkapasiti terpasang sebanyak 2,540 megawatt, kemudahan yang mengaum siang dan malam itu mampu menjana tenaga elektrik untuk puluhan ribu keluarga, sekali gus membawa cahaya harapan kepada negara yang dilanda perang ini.

    Peperangan dan konflik berterusan selama bertahun-tahun telah menyebabkan Iraq yang suatu ketika dahulunya sebuah negara makmur menjadi hancur. Antara cabaran yang dihadapi oleh Iraq adalah kekurangan bekalan elektrik, iaitu masalah berterusan yang menyekat proses pembangunan.

    Pada musim panas yang terik apabila suhu melebihi 50 darjah Celcius, permintaan terhadap elektrik turut sama meningkat, yang secara tidak langsung memburukkan lagi kekurangan tenaga dan menyebabkan rakyat berasa sangat tidak selesa.

    Akhirnya, Loji Janakuasa Wasit, yang dibina dan diselenggara oleh Kumpulan Elektrik Shanghai, muncul membawa harapan.

    Sebagai loji kuasa haba terbesar Iraq, ia telah menjana hampir 150 bilion kilowatt-jam elektrik sehingga kini. Pada kemuncak penjanaan kuasanya, loji tersebut telah memberi jaminan 70 peratus daripada bekalan kuasa di ibu negara Baghdad, sambil menyediakan seluruh negara dengan 30 peratus daripada keperluan kuasanya.

    "Semasa saya masih muda, saya hanya mendapat lampu malap ketika belajar biasanya bekalan elektrik terputus. Kami hanya mempunyai bekalan elektrik selama kira-kira empat jam sehari," kata Omar Raji, seorang jurutera dari Wasit yang bekerja di loji itu.

    Setelah bekerja di kilang itu selama 12 tahun, Omar telah menyaksikan loji itu berubah daripada kawasan hutan belantara di sepanjang Sungai Tigris.

    "Sejak loji itu dibina dan mula mengeluarkan elektrik, keadaan kami berubah secara mendadak, dan pemotongan bekalan elektrik di Wasit jarang berlaku sekarang,” ujar Omar lagi.

    Timbalan pengarah loji, Mohammed Jassim berkata, Iraq telah menghadapi masalah besar dalam membekalkan elektrik kepada rakyatnya.

    “Loji Janakuasa Wasit telah memberi sumbangan besar untuk memperbaiki keadaan kuasa Iraq," kata individu yang baru pulang dari lawatan belajar dan niaga di China.

    Loji yang dibina oleh China itu juga telah memberi sumbangan besar kepada pembangunan sosioekonomi di Iraq.

    Pengurus eksekutif kilang itu, Lyu Guoqing dalam satu wawancara bersama Xinhua memberitahu bahawa projek itu telah mewujudkan hampir 3,000 pekerjaan untuk penduduk tempatan, dan melatih sejumlah besar bakat pembinaan kejuruteraan dan teknikal kuasa.

    "Saya telah mendapat banyak manfaat dan memperoleh banyak pengalaman dan kemahiran kejuruteraan mekanikal apabila bekerja dengan rakan sekerja dari China," kata Ali Youssef, graduan baharu dari Universiti Baghdad yang mula bekerja di loji itu pada Ogos.

    “Mereka mudah mesra dan membantu kami dengan menyalurkan maklumat, dan sentiasa bermurah hati berkongsi ilmu kerana mahu kami meneruskan jalan yang mereka mulakan,” tambahnya.

    Menurut Lyu, hampir 200 rakyat Iraq telah menjalani latihan teknikal di Shanghai dan lebih seribu rakyat Iraq telah menerima latihan operasi dan penyelenggaraan daripada kakitangan China di loji itu.

    “Ini membolehkan mereka menjalankan dan menyelenggara stesen jana kuasa secara bebas, kini di bawah pengawasan dan bimbingan Kumpulan Elektrik Shanghai,” jelasnya lagi.

    Pada 2014, militan IS telah menawan Mosul, bandar kedua terbesar di Iraq, dan merampas wilayah yang luas di barat dan utara Iraq. Mohammed, mengimbas kembali memorinya, memberitahu bahawa banyak syarikat asing keluar, manakala rakan China memilih untuk tinggal di loji itu untuk memastikan jaminan bekalan kuasa Iraq.

    Pada 2015, China dan Iraq mewujudkan perkongsian strategik dan menandatangani perjanjian kerjasama di bawah Inisiatif Jalur dan Laluan (BRI), menyuntik tenaga baharu dalam hubungan China-Iraq. Hari ini, China ialah rakan dagang terbesar Iraq, sementara Iraq pula merupakan rakan dagang ketiga terbesar China dalam kalangan negara Arab.

    “Saya percaya Iraq akan makmur di bawah BRI dari segi perdagangan, industri, dan infrastruktur yang musnah semasa pencerobohan AS ke atas Iraq,” kata Mohammed.

    Video

    Berita Berkaitan

    日本强奷中文字幕在线播放
  • <small id="eeeee"></small>
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • 
    
  • <tr id="eeeee"><blockquote id="eeeee"></blockquote></tr>
  • <sup id="eeeee"><code id="eeeee"></code></sup>