- Lain-lain
Pelaburan Aset Tetap China Naik 3.6 Peratus Dari Januari hingga Julai
Biro Statistik Negara (NBS) hari ini mengumumkan bahawa pelaburan aset tetap China untuk tujuh bulan pertama 2024 telah menaik 3.6 peratus dari tahun ke tahun dengan jumlah keseluruhan RMB28.76 trilion (atau sekitar RM17.81), lapor agensi berita Xinhua.
Menurut NBS, pelaburan aset tetap dalam sektor swasta direkodkan berjumlah RMB14.71 trilion dalam tempoh sama, iaitu diparas yang sama dengan tahun sebelumnya. Namun, jika dilihat dari sudut bulanan, pelaburan aset tetap China berkurang sebanyak 01.7 peratus pada Julai.
Untuk tujuh bulan pertama 2024, pelaburan di dalam industri sekunder negara direkodkan sebagai kadar pertumbuhan tertinggi iaitu sebanyak 12.5 peratus dalam kalangan ketiga-tiga industri.
Pada masa sama, pelaburan dalam industri perlombongan dan pembuatan masing-masing meningkat sebanyak 19.3 peratus dan 9.3 peratus tahun ke tahun dalam tempoh tersebut.
Bagi industri pengeluaran dan bekalan elektrik, haba, gas dan air melonjak sebanyak 23.8 peratus daripada tahun sebelumnya.
Melihat kepada pelaburan mengikut wilayah, kadar pertumbuhan pelaburan di wilayah tengah ialah 4.5 peratus, diikuti 3.2 peratus di wilayah timur, 2.6 peratus di wilayah timur laut dan 0.3 peratus di wilayah barat.
Memetik kenyataan NBS, pelaburan oleh perusahaan berasaskan tanah besar meningkat sebanyak 3.4 peratus dan oleh perusahaan dari Hong Kong, Macao dan Taiwan meningkat sebanyak 5.1 peratus.
- Jambatan Wanning: Tulang Belakang Paksi Tengah Beijing
- Melancong ke China: Bagaimana Pelancong Asing Melihat China
- Jalan Sutera Budaya | Menang-menang: Kisah Malaysia
- Bagaimana Warga Malaysia dan Indonesia Melihat China?
- Menara Suria Garam Lebur Serlahkan Industri Tenaga Hijau Xinjiang yang Pesat Berkembang di Hami