- Lain-lain
China Tegas Kesanggupannya untuk Dorong Perdamaian di Myanmar (3)
China dengan tegas menghormati kedaulatan, kemerdekaan, penyatuan negara dan keutuhan wilayah Myanmar, tidak mencampuri urusan dalaman negara itu.
China komited untuk proses damai yang dimiliki dan diterajui rakyat Myanmar, dan menyokong ASEAN memainkan peranan sebagai saluran utama.
Komitmen itu dizahirkan Menteri Luar China, Wang Yi ketika menerima kunjungan utusan khas Setiausaha Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) bagi isu Myanmar, Julie Bishop di sini pada Selasa.
Wang Yi berkata, isu Myanmar adalah sangat rumit, oleh itu utusan khas Setiausaha Agung PBB memainkan peranan unik dan memikul tanggungjawab penting.
Beliau berharap Bishop dapat mengendalikan hubungan antara pelbagai pihak secara objektif dan adil, dan membantu Myanmar mencari kaedah berkesan bagi mengatasi percanggahan demi kepentingan rakyat negara itu untuk jangka masa panjang.
Wang Yi berkata, China bersedia menghulurkan bantuan dan sokongan kepada Bishop dan memainkan peranan konstruktif untuk mewujudkan perdamaian politik dan keamanan berkekalan di Myanmar.
Bishop berkata, sebagai negara jiran penting bagi Myanmar dan negara anggota tetap Majlis Keselamatan PBB, China mempunyai pengaruh yang istimewa.
Beliau ingin merapatkan komunikasi dan meningkatkan kolaborasi dengan China dan ASEAN untuk mencapai konsensus ke arah menangani isu Myanmar dengan baik, menamatkan konflik dengan secepat mungkin, meredakan ketegangan situasi kemanusiaan di Myanmar dan merealisasikan kedamaian dan kemakmuran berkekalan yang diterajui rakyat negara itu.
- Hari Ekologi Kebangsaan: Sekilas Pandang Panorama Alam Bak Lukisan China Nan Indah
- Jambatan Wanning: Tulang Belakang Paksi Tengah Beijing
- Melancong ke China: Bagaimana Pelancong Asing Melihat China
- Jalan Sutera Budaya | Menang-menang: Kisah Malaysia
- Bagaimana Warga Malaysia dan Indonesia Melihat China?
- Myanmar Lanjut Darurat Enam Bulan Lagi
- Pengantaraan China Bantu Gencatan Senjata Dicapai di Utara Myanmar
- Harap Myanmar Kekal Persetujuan Gencatan Senjata: MFA
- Empat Maut Serangan Peluru di Bago
- Militan Serbu Tentera Kerajaan di Utara Myanmar, 6 Rakyat Maut
- Dunia Diseru Sokong Penyelesaian Isu Myanmar Melalui Dialog Politik
- Myanmar Lanjut Darurat Enam Bulan Lagi
- UNSC Diharap Berhati-hati dalam Tangani Isu Myanmar