- Lain-lain
China Sedia Rapatkan Kerjasama dengan Arab Saudi, Kata PM Li Qiang
China bersedia merapatkan kerjasama dan maju seiring dengan Arab Saudi dalam jalan pembangunan bersama, kata Perdana Menteri China Li Qiang di Riyadh, pada Rabu.
Beliau berkata demikian ketika mengadakan pertemuan dengan Putera Mahkota Arab Saudi merangkap Perdana Menteri Mohammed bin Salman Al Saud, dan bersama-sama mempengerusikan Mesyuarat Keempat Jawantankuasa Bersama Peringkat Tinggi China-Arab Saudi.
Li mengesyorkan agar kedua-dua negara meningkatkan skop perdagangan dua hala, memperkasakan kerjasama dalam sektor tradisional seperti minyak dan gas asli, petrokimia, serta pembinaan infrastruktur, di samping menerokai bidang kerjasama yang baharu seperti tenaga baharu, teknologi maklumat, telekomunikasi, ekonomi digital dan lain-lain.
"Kedua-dua negara harus saling menggalakkan syarikat tempatan melabur di negara lain, bersama-sama memelihara kestabilan rantaian bekalan dan rantaian perindustrian global.
"China bersedia meningkatkan penyelarasan pelbagai hala dengan Arab Saudi, mendorong perpaduan dan kerjasama negara-negara Asia, demi mendorong tadbir urus global berkembang ke arah lebih adil dan rasional," kata Li.
Putera Mahkota Mohammed berkata pihaknya berharap merapatkan pertukaran lawatan peringkat tinggi dengan China, memaksimumkan peranan mekanisme jawatankuasa bersama tersebut, meningkatkan kolabrasi dalam sektor tenaga, pelaburan, kebudayaan dan lain-lain.
"Arab Saudi dan China mengamalkan prinsip menghormati kedaulatan negara laini dan tidak mencampuri isu domestik negara lain.
"Arab Saudi menyanjung tinggi pendirian adil China membabitkan isu Palestin, dan bersedia merapatkan penyelarasan dengan China dalam isu-isu global," kata beliau.
Mekanisme Jawatankuasa Bersama Peringkat Tinggi China-Arab Saudi yang ditubuhkan pada tahun 2016 sempena lawatan rasmi Presiden China Xi Jinping, adalah untuk memperkasakan dan menyelaraskan kerjasama kedua-dua negara dalam pelbagai bidang.
- China, Arab Saudi Saksikan Lonjakan Besar dalam Kerjasama - PM Li
- Li Qiang Bakal Lawat Arab Saudi, UAE
- Arab Saudi Menjadi Destinasi Pelancongan Berkumpulan China
- China, Bahrain Tubuhkan Perkongsian Strategik Komprehensif
- China Sedia Rapatkan Hubungan dengan Negara Arab
- Pertemuan Wang Yi dengan Para Hadirin Mesyuarat Menteri Ke-10 Forum Kerjasama China-Arab
- Xi Bakal Hadiri Majlis Perasmian Mesyuarat Peringkat Menteri ke-10 CASCF
- Xi Balas Surat Pelajar "Projek Seratus Sekolah" di UAE
- Pemimpin Negara Bahrain, Mesir, Tunisia, UAE Akan Lawat China
- Xi Bakal Hadir Perasmian Mesyuarat Menteri ke-10 CASCF