- Lain-lain
Manipulasi Politik Segelintir Kuasa Pasti Gagal: Wang Yi
Suara lantang lebih 100 negara di pentas Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) memperlihatkan manipulasi politik dimainkan segelintir kuasa antaranya Amerika Syarikat (AS) semakin kehilangan sokongan.
Demikian dinyatakan Menteri Luar China Wang Yi ketika bertemu dengan Pesuruhjaya Tinggi PBB bagi Hak Asasi Manusia serta menteri luar negara lain di New York.
Dilaporkan, segelintir negara termasuk AS memburuk-burukkan keadaan hak asasi China dengan mempergunakan isu Xinjiang semasa mesyuarat Majlis Hak Asasi Manusia PBB (UNHRC) di Geneva pada Selasa.
Hampir 80 negara termasuk banyak negara Islam tampil menyokong China menerusi bentuk ucapan bersama, manakala 20 lagi senada menentang tindakan mempolitikkan isu hak asasi serta mencampuri hal ehwal negara lain atas alasan berkenaan.
Wang menegaskan pencapaian diperoleh China dalam usaha melindungi dan memperkasa hak asasi mendapat pengiktirafan meluas, sementara pembangunan dan kemajuan wilayah Xinjiang disaksikan seluruh dunia.
"Kami (China) sedia berkomunikasi dengan semua negara mengenai isu hak asasi manusia berasaskan prinsip sama rata.
"Pintu China sentiasa terbuka kepada dunia dan kami mengalu-alukan sahabat dari seluruh dunia datang melawat China untuk melihat sendiri keadaan sebenar," kata beliau.
Wang menambah segala pembohongan dan fitnah menyasar China pasti menjadi sia-sia.
- China Keluarkan Laporan Pencabulan Hak Asasi Manusia di AS 2023
- China Majukan Hak Asasi Manusia Berteraskan Rakyat: Wakil China
- China Komited Promosi Kemajuan Hak Asasi Manusia Antarabangsa
- Hak Hidup, Pembangunan Jadi Keutamaan: Wang Yi
- China Konsisten Tingkatkan Jaminan Hak Asasi Manusia
- Wang Yi Hadir Majlis Pembukaan Seminar Hak Asasi Manusia
- Pengalaman China Beri Sampel kepada Dunia - Seminar Hak Asasi Manusia
- UNHRC Lulus Resolusi mengenai Penggalakkan dan Perlindungan Hak Ekonomi, Sosial dan Budaya
- China Dipilih Lagi Anggota UNHRC 2024-2026
- Pembangunan, Kunci Perkasa Hak Asasi: MFA